Di dalam laman Facebook Dr Hamid Arshat, beliau telah berkongsi 22 tips kesihatan penting untuk semua wanita amalkan. Ia melibatkan gaya hidup, cara pemakanan dan minuman sihat. Boleh lihat dibawah untuk tips tersebut:
9 TIPS GAYA HIDUP SIHAT
- Dapatkan pemeriksaan doktor bertauliah sebelum mencuba kaedah alternatif.
- Banyakkan berdoa
- Berfikiran positif dan mengamalkan gaya hidup sihat.
- Kurangkan pendedahan diri kepada toksin.
- Kawal stress dengan melakukan aktiviti yang digemari.
- Bersenam setiap hari sekurang-kurangnya 30 minit sehari.
- Periksa payudara semasa mandi iaitu di kawasan bawah lengan bagi memastikan tiada ketulan di bahagian berkenaan. Picit puting payudara untuk memeriksa sama ada terdapat sebarang jenis lendir atau darah.
- Pantau berat badan. Kawal berat badan dengan senaman dan kawalan pengambilan karbohidrat serta gula.
- Lakukan pemeriksaan rahim untuk mengesan punca kepada masalah senggugut, haid tidak teratur dan pendarahan yang berpanjangan atau masalah dalaman wanita yang lain.
10 TIPS PEMAKANAN SIHAT
- Amalkan pemakanan seimbang. Kurangkan memakan makanan segera, makanan diawet, makanan dalam tin dan makanan yang diproses.
- Kurangkan gula dan karbohidrat.
- Makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang.
- 70% hidangan adalah sayur dan buahan.
- Makan dengan cara yang betul.
- Kurangkan snek segera di antara hidangan utama.
- Ulam sebagai anti kanser. Kacang botol, misai kucing, sambung nyawa dan tujuh jarum amat berkhasiat dapat membantu mengawal darah tinggi, kencing manis, kanser serta bagus untuk otak dan jantung.
- Ambil suplemen zat besi, antioksida, serat, kolagen, peptida, Vitamin C dan kalsium setiap hari.
- Ambil minyak ikan, biji anggur, habbatus sauda, dan royal jelly bagi membekalkan mineral dan vitamin kepada badan.
- Minum sesudu madu dan minyak zaitun setiap hari pagi dan petang. Ia baik untuk jantung dan otak anda.
3 TIPS MINUMAN SECARA SIHAT
- Ambil minuman berkhasiat. Hadkan minuman minuman tinggi kafein seperti kopi kepada hanya secawan atau dua cawan sehari. Selebihnya banyakkan meminum air kosong atau air teh hijau.
- Selain air mineral dan teh hijau, air kelapa (tanpa gula) dan jus buah juga bagus untuk wanita. Ia kaya dengan, vitamin dan logam.
- Minuman masam atasi keputihan. Jika selalu mengalami masalah keputihan atau gangguan air kencing, cuba amalkan minuman seperti jus kranberi, limau nipis, limau kasturi dan lemon.Jom cegah daripada merawat. Sihat bersama SISFEL.