Teknik urutan yang betul sebenarnya dapat melancarkan pengeluaran susu badan dengan membantu ransangan let down refleks. Secara tidak langsung sebenarnya, ia dapat menambahkan lagi penghasilan susu. Urutan boleh dilakukan sama ada di bahagian belakang badan ibu (dengan bantuan) atau pada bahagian payudara. Sentuhan jari yang dikenakan pada payudara dalam formasi membulat dan menegak akan melonggarkan saluran susu dan meransang kelenjar susu bekerja dengan lebih kuat untuk menghasilkan susu.
A. URUTAN BAHAGIAN BELAKANG
- Ibu menelungkup di belakang kerusi atau di tepi meja.
- Mulakan urut di bahagian leher dan bahu ibu.
- Pengurut menggunakan ibu jari di kedua-dua bahagian tepi tulang belakang (BUKAN DI ATAS TULANG BELAKANG) – rujuk gambar. Urut dalam bentuk bulatan setempat menggunakan ibu jari dalam beberapa saat. Ulang urutan yang sama hingga ke paras pinggang.
- Pengurut meletakkan kedua-dua belah tangan seperti mencakar di bahagian kiri dan kanan belakang badan ibu. Urut dalam bentuk bulatan setempat menggunakan kesemua jari dalam beberapa saat. Ulang urutan yang sama hingga ke paras pinggang.
- Pengurut meletakkan bahagian lengan di bahagian belakang badan ibu. Urut daripada atas belakang badan hingga ke paras pinggang.