Semakin tinggi demand maka semakin banyak supply! Sedar atau tidak, ia adalah syarat mudah dalam penyusuan tapi masih ramai yang tidak mempraktikkannya.
Power pumping adalah merupakan teknik pam berkesan dan terbukti efektif mampu meningkatkan susu ibu dalam jangka masa beberapa hari atau pun minggu (bergantung kepada individu).
Ia merupakan satu teknik meransang payudara anda untuk menghasilkan satu permintaan yang lebih tinggi terhadap penghasilan susu yang lebih banyak. Power pumping dilakukan untuk meniru kekerapan penyusuan bayi yang mengalami peralihan bulan atau lebih dikenali sebagai ‘growth spurt’ yang mana kehendak bayi menyusu kebiasaannya akan menjadi lebih tinggi berbanding situasi normal secara berkelompok (cluster-like manner).
Walaupun teknik ini bukanlah merupakan teknik baru dalam bidang penyusuan, namun masih ramai sebenarnya yang belum memahami secara lebih mendalam apakah cara dan teknik yang betul untuk memaksimakan penghasilan susu. Dan, apakah cara yang dipraktikkan sekarang adalah betul, bila dan berapa lama dan kerap perlu saya melakukannya untuk lihat kesannya.
Untuk tahu lebih lanjut tentang cara atau teknik power pumping dengan berkesan, anda boleh klik link ini:
https://www.mithalimoms.com.my/panduan-cara-melakukan-power-pumping-dengan-berkesan/
TEKNIK PAM 2: Pam atau Perah Sambil Menyusukan Bayi
Menyusu dan pam (memerah susu) secara serentak berupaya meningkatkan pengeluaran susu kerana kedua-dua payudara anda diransang bekerja secara serentak. Ia juga memudahkan berlakunya let down refleks untuk membantu pengeluaran susu dengan lebih berkesan. Secara tidak langsung, payudara anda akan berjaya untuk dikosongkan dengan lebih baik.
Teknik ini juga sangat berkesan untuk membantu untuk meningkatkan demand (permintaan susu) dan seterusnya meningkatkan kadar penghasilan susu anda.
TEKNIK PAM 3: Pam atau Perah Selepas Sesi Penyusuan
Pam atau perah selepas sesi penyusuan ini bertujuan untuk memberi isyarat kepada badan ibu supaya menghasilkan lebih banyak susu. Selain itu, ia juga membantu memastikan payudara susu anda dapat dikosongkan dengan sempurna selepas sesi penyusuan.
Caranya mudah sahaja, anda boleh praktikkannya dalam masa 30 mins – 1 jam selepas menyusu adalah waktu yang terbaik. Sebaiknya jangan menunggu lama selepas menyusu bagi memerah. Apa yang perlu ada buat hanyalah ekstra pam selama 10 – 15 mins setiap payudara untuk bantu rangsang demand anda!
Soalan: Payudara saya sudah kosong. Perlukan saya pam lagi?
Jawapan: Ya, jika anda nak bantu tingkatkan susu anda. Ini kerana secara tidak langsung anda memberi signal bahawa susu yang dihasilkan sekarang adalah tidak mencukupi dan lebih banyak susu perlu dihasilkan.
Nota: Ramai ibu beranggapan bila pertama kali melakukan susu akan terus banyak! INI SALAH! Pada mulanya mungkin susu tidak banyak yang keluar sebab demand (permintaan susu) tidak pernah ada. Namun, anda boleh melihat kesannya setelah beberapa hari melakukannya.
Namun, setelah beberapa hari kemudian badan ibu akan mula untuk menyesuaikan diri dengan rutin ini dan menghasilkan susu dengan lebih banyak lagi.
Salam Sayang Selalu!
MithaliMoms