Seringkali ibu merasakan yang bayi mereka tidak cukup susu apabila bayi mereka menunjukkan tanda-tanda seperti di bawah.
- Bayi asyik menangis.
- .Bayi tidak tidur dalam masa yang lama.
- Bayi asyik nak mengempeng dalam masa yg lama.
- Bayi asyik hisap jari atau tapak tangan.
- Bayi minum jika diberi cecair tambahan.
- Bayi tidur lebih lama apabila diberi susu formula.
- Bayi mempunyai najis keras dan hijau.
- Bayi membuang air besar dengan kekerapan yang rendah dan najis yang sikit.
Namun sebenarnya, tanda-tanda ini bukanlah tanda yang reliable menyatakan bayi anda kekurangan susu. Ini kerana tidak puas menyusu bukan sahaja penyebab yang menyebabkan bayi anda menangis. Bayi mungkin menangis kerana masalah lain seperti kembung atau kolik dan sebagainya.
Jadi bagaimana sebenarnya anda dapat menentukan bahawa bayi anda cukup susu atau tidak? 9 tanda di bawah adalah merupakan gabungan tanda yang lebih ‘reliable’ berbanding tanda2x di atas.
- Kenaikan berat badan bayi anda adalah baik mengikut carta tumbesaran bayi(purata 150 gm setiap minggu).
- Kekerapan Urin Output: 6 – 8 kali tukaran lampin basah dalam masa 24 jam.
- Urin bayi anda akan kelihatan berwarna jernih dan tidak berbau.
- Kekerapan membuang air besar : 3 – 4 kali dalam masa 24 jam (berkurangan bila bayi >1 bulan)
- Bayi anda menyusu sebanyak 8 – 10 kali sehari pada dua atau tiga minggu pertama kelahirannya.
- Bayi melepaskan dengan sendiri payudara, dan payudara berasa lebih lembut selepas penyusuan.
- Kulit bayi anda berasa tegang – ia akan memantul semula apabila dicubit dan lembap.
- Bayi anda aktif dan peka
- Bayi anda mempunyai “Good muscle tone” – otot lebih tegang dan tidak lembik bila dipegang.