Kata orang tua, payudara sebelah kanan adalah makanan dan payudara sebelah kiri adalah minuman. Jadi perlu berikan bayi minum sebelah kanan terlebih dahulu baru sebelah kiri. Ia sebenarnya adalah MITOS semata-mata dan adalah TIDAK BENAR.
Sebenarnya kedua-dua payudara akan menghasilkan komposisi nutrien yang sama dan tidak perlu diasingkan setelah diperah. Setiap payudara akan menghasilkan susu kolostrum (pada awal kelahiran) dan susu matang. Carta dibawah menunjukkan perubahan komposisi kolustrum berbanding dengan susu matang;
Susu matang yang dihasilkan oleh ibu terdiri daripada Foremilk (Susu Awal) dan Hindmilk (Susu Akhir) – rujuk gambar di bawah;
A. Foremilk – Susu awalan yang keluar pada awal sesi mengepam atau sewaktu baby menyusu. Biasanya lebih cair kerana mengandungi lebih banyak air untuk menghilangkan dahaga baby. Biasanya waktu siang kandungan foremilk adalah lebih tinggi kerana cuaca lebih panas.
B. Hindmilk – Susu akhiran yang keluar setelah beberapa ketika kita mengepam/menyusu. Sebab tu disarankan untuk menyusukan baby sekurang-kurangnya 15 – 20 mins untuk pastikan baby mendapat hindmilk secukupnya. Hindmilk adalah lebih pekat dan mengandungi kandungan lemak yang lebih tinggi. Hindmilk adalah lebih banyak pada waktu malam dan kekerapan kosongkan breast dapat menghasilkan susu yang lebih pekat.