Betik dan ikan, kedua-duanya sering digunakan dalam makanan tradisi berpantang kaum Cina kerana khasiatnya yang diketahui ramai bagus sebagai milk booster. Ia juga kaya dengan vitamin C, beta karotene dan juga antioksidans yang baik untuk ibu berpantang dan menyusu.
Bahan-bahan:
- 4 Ikan kerisi saiz sederhana. Nak mudah boleh guna fillet ikan merah atau apa-apa sahaja ikan yang anda suka.
- 1 betik saiz besar (gunakan betik muda sebagai milk booster)
- 3 – 5 biji kurma merah atau jujube
- 3 – 5 biji goji beri (pilihan)
- 2 hirisan halia
- Serai (pilihan)
- Bawang Putih, hancurkan
- Bawang Merah, potong mayang
- Lada Hitam (pilihan)
- 2 L air
- Garam (lumur pada ikan)
- Sedikit Minyak
Cara-cara:
- Bersihkan ikan dan kering ikan. Lumurkan ikan dengan garam (luar dan dalam). Selepas perap selama 1 jam, buang air yang berlebihan.
- Kupas kulit betik dan potongkan dalam bentuk kiub yang besar.
- Panaskan air sehingga mendidih dalam periuk. Masukkan bawang puting, bawang merah, halia, serai.
- Dalam kuali yang berasingan, masukkan sedikit minyak dan halia serta ikan. Grill sehingga ikan masak.
- Masukkan ikan ke dalam air yang telah didihkan tadi.
- Masukkan kiub betik dan sedikit lada hitam ke dalam sup.
- Didihkan selama 1 jam sebelum di hidangkan.
Nota: Sekiranya anda tidak menggemari ikan, boleh tukar dengan ayam bahagian dada.
Selamat Mencuba!