Saluran susu tersumbat terjadi apabila adanya satu bahagian payudara yang berasa sakit, berwarna kemerahan dan terasa seperti ada ketulan. Apabila berlaku, susu pada saluran yang tersumbat itu tidak dapat dikeluarkan daripada payudara. Kebiasaanya, akan berlaku keradangan masalah ini tidak diselesaikan dengan segera. Ibu juga biasanya akan merasa sakit di bahagian tersebut.
(sumber gambar: google)
Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan saluran susu tersumbat. Ini termasuklah;
A. SUSU BANYAK TERKUMPUL DALAM PAYUDARA
- Posisi dan pelekapan bayi yang tidak sempurna semasa penyusuan – mungkin disebabkan oleh masalah seperti berikut : lidah pendek, masalah mulut dan lelangit.
- Bayi tidak dapat menghisap dengan dengan efektif atas masalah tertentu menyebabkan susu tidak dapat dikeluarkan dengan efektif.
- Kurang kekerapan menyusukan bayi.
- Ada sesi penyusuan yang ditinggalkan atau tertinggal sama ada secara sengaja atau tidak.
- Bayi diberikan susu formula dan ini akan menyebabkan bayi kurang menyusu di payudara ibu.
- Ibu bekerjaya yang tertinggal sesi memerah susu.
Sebaiknya, ibu hendaklah memastikan payudara dikosongkan dengan secara efektif samada secara direct feeding mahupun sesi pemerahan. Ini membantu ibu untuk mengekalkan supply susu yang banyak dan berterusan serta mengelakkan masalah saluran susu tersumbat dan radang payudara.