Terdapat lebih 15 – 20% bayi mengalami masalah ekzema, iaitu satu situasi yang mana kulit menjadi kering dan gatal dan kebiasaannya berlaku sebelum anak berusia 2 tahun. Kebiasaanya, masalah ini akan berkurangan sejajar dengan usia bayi dan beransur pulih menjelang umur belasan tahun. Ia tidak dapat dipulihkan, namun dapat dikawal dengan rawatan yang sesuai.
Apa sebenarnya yang menyebabkan masalah ekzema ini?
Sebab berlaku ekzema sebenarnya tidak diketahui tetapi ianya lazim berlaku dalam keluarga-keluarga tertentu. Kondisi alergi termasuk ekzema, asma dan demam alergi semakin meningkat tetapi tiada yang mengetahui apa sebabnya.
Ekzema menjejaskan kulit semasa ianya “meradang” atau “bersemarak”. Kulit bayi anda mungkin bertompok-tompok merah dan gatal selalu, tetapi semasa ekzema “meradang” tempat-tempat ini menjadi lebih teruk dan mungkin memerlukan rawatan yang lebih intensif.
Radang ekzema boleh berlaku jika ada iritasi kulit yang disebabkan oleh kimia, seperti bahan pencuci dalam mandian buih, syampu, serbuk cuci dan pelembut fabrik. Ini diberi nama ekzema sentuhan. Kanak-kanak menghidapi ekzema atopik boleh mendapat ekzema sentuhan juga, jadi kedua-duanya boleh menyerang sama-sama. Gunakan emolien bukan sabun dan bahan pencuci dalam mandian dan anda boleh juga menukar serbuk cuci anda dan melihat jika ini meredakan ekzema bayi anda.
Ekzema alergi sentuhan boleh juga diperolehi. Ini selalunya adalah reaksi kepada bahan spesifik seperti nikel dalam barang kemas. Adalah didapati, reaksi alergi itu boleh merebak dan menjangkiti lain-lain tempat juga.
Ekzema amat menyebabkan bayi tidak selesa kerana mereka tak mengelak daripada menggaru, dan ini boleh mencetuskan jangkitan. Dalam beberapa kes, ekzema boleh mengganggu tidur anak anda dan menjejaskan keyakinannya,yang boleh mendatangkan kesan ke atas kualiti hidupnya.