Description
Dengan hanya mengeksploitasi sepenuhnya strategi pelepasan, pengecualian, insentif dan galakan cukai …

Tuan Khairul Amal Hashim, seorang PERUNDING CUKAI BERTAULIAH bertauliah dibawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Dengan pengalaman dalam bidang percukaian selama hampir 2 dekad, beliau telah berhadapan dengan pelbagai kes dan isu cukai pendapatan. Daripada peniaga pasar malam sehinggalah syarikat dan badan korporat yang melibatkan kes pematuhan cukai, perancangan cukai, rayuan, audit dan penyiasatan
Beliau tahu dan sedar betapa sukarnya mendapatkan maklumat-maklumat yang dapat mengurangkan kadar cukai dengan cara yang SAH disisi Undang-Undang. Jika ada sekalipun ianya jarang sekali disertakan penerangan lanjut bagaimana mahu membuat tuntutan dan apakah pula kekangan yang ada.

Apa Kandungan Dalam e-Book Ini Yang Dapat Bantu Anda Kurangkan Cukai?
A. EBOOK 101 RAHSIA PENJIMATAN CUKAI
Dalam e-book yang dikarang khas untuk anda yang bakal membayar cukai dan sedang pening kepala membuat kira-kira, anda akan pelajari 101 pendedahan ilmu pengurangan cukai antara tajuknya:
- Manfaat Menjadi Seorang Pembayar Cukai
Ketahui 6 kelebihan menjadi pembayar cukai yang sebenarnya menguntungkan anda dan bisnes anda. Anda juga diberikan carta alir panduan pendaftaran cukai pendapatan secara online. - Simpan Rekod Anda
Ketahui lebih 20 jenis rekod atau penyata yang wajib anda simpan jika anda mahu menggunakan sepenuhnya fasiliti pengurangan cukai - Tak Semua Pendapatan Dikenakan Cukai
Ketahui 13 jenis pendapatan yang dikecualikan daripada dikenakan cukai.
- Yuran Pendidikan – Belajar Sampai Liang Lahat
Jika anda sedang melanjutkan pelajaran, ketahui jumlah maksimum pelepasan yang anda boleh masukkan. - Pelepasan Gaya Hidup – Jangan Terlebih Gaya Sudahlah
5 pelepasan cukai terhadap pembelian atau langganan tertentu yang boleh dituntut. - Derma Dibenarkan – Faedah Dunia Akhirat
Ketahui bagaimana untuk menuntut pengurangan cukai melalui derma-derma yang telah dilakukan - Dan banyak lagi kaedah dan cara-cara yang dapat mengurangkan cukai
Di penghujung harinya, anda tidak akan percaya berapa banyak jumlah cukai yang dapat dikurangkan dan LHDN sebenarnya menyediakan pelbagai fasiliti untuk yang anda boleh gunakan tanpa was-was.
Dalam e-book ini anda akan:
- Didedahkan dengan apakah jenis pendapatan yang DIKECUALIKAN cukai.
- Tidak lagi perlu mencari apakah pelepasan cukai yang boleh dituntut dan apakah syarat-syarat yang ditetapkan.
- Merancang sendiri bagaimana memastikan beban cukai berkurangan tanpa perlu melanggar undang-undang.
- Mengira sendiri cukai pendapatan anda selepas ini dan tahu bagaimana mahu mengelakkan diri dari dikenakan penalti.
- Tiada lagi perasaan takut dan bimbang untuk tampil melaporkan pendapatan yang selama ini membelenggu ramai orang.
B. EBOOK TIPS JIMAT CUKAI BISNES
- Anda bukan sahaja mendapat satu malah, sempena pelancaran ebook ini anda akan mendapat
1 lagi ebook tambahan. Tips Jimat Cukai Bisnes. Ebook ini hanya ditawarkan secara percuma dalam tempoh promosi. Kemudian akan dijual secara berasingan.

*Gambar sekadar hiasan. Ebook ini anda perlu muat turun ke komputer atau smartfon anda.
Antara Kandungan Dalam e-Book Tip Jimat Cukai Bisnes …
- Penyata Kewangan – Syarat Wajib Pertama
Sebagai pemilik perniagaan, ketahui apa tanggungjawab anda dalam penyediaan penyata kewangan. - Untung Yang Tak Dikenakan Cukai
Kenalpasti jenis hartanah dan aset-aset yang tidak bebas dari dikenakan cukai. - Rebat Zakat – Bersihkan Harta, Sucikan Hati
Pelajari bagaimana untuk mendapat rebat dari tuntutan zakat. - Insentif Dan Galakan Cukai
Pendedahan 3 bentuk insentif yang membolehkan anda menikmati potongan 2 kali dan pengecualian cukai antara 70% – 100% - Ketahui Kadar Cukai Anda
Ini yang banyak terlepas pandang. Anda pasti terkejut dan seronok jika mengetahui jumlah sebenar peratusan cukai mengikut tangga pendapatan. - Pembelian Aset Perniagaan
Ketahui penggunaan instrumen yang sesuai dalam pembelian aset sebagai salah satu kaedah yang penjimatan cukai yang berkesan.
- Dan banyak lagi kaedah dan cara-cara yang dapat mengurangkan cukai
Dalam Ebook Tip Jimatkan Cukai Bisnes, anda juga akan:
- Memahami peranan dan tanggungjawab penting yang terpikul dibahu pembayar cukai.
- Memahami langkah-langkah mendaftarkan fail cukai pendapatan bagi pembayar cukai baru
- Menyedari manfaat dan faedah yang akan diterima secara langsung atau tidak langsung apabila mereka melaporkan pendapatan dan membayar cukai
- Mendapat pendedahan apakah jenis pendapatan yang DIKECUALIKAN cukai sama ada sepenuhnya atau sebahagiannya sahaja.
- Memahami apakah bentuk perbelanjaan yang tidak dibenarkan untuk tolakan cukai dan bagaimana untuk mengelakkan ianya berlaku.
Anda bukan sahaja akan mengetahui bagaimana mengurangkan cukai secara sah dan mengurangkan risiko audit dan penyiasatan, malah memahami insentif dan galakan cukai terbaru berdasarkan Bajet 2018 & 2019 yang diberikan oleh pihak kerajaan yang sepatutnya tidak harus dilepaskan. Sehubungan itu, anda dapat mengetahui kadar cukai yang dikenakan secara jelas dan apakah perancangan yang boleh dilakukan.
Bukan itu sahaja, Tip Jimatkan Cukai Bisnes dapat membantu meningkatkan kekayaan melalui pemilikan aset menggunakan laporan dan bayaran cukai yang disediakan pada masa yang sama mengelak dari melakukan kesalahan dibawah undang-undang agar tidak dikenakan penalti dan mengalami kerugian.
Siapa Perlu Miliki Ebook 101 Rahsia Penjimatan Cukai dan Tip Jimatkan Cukai Bisnes Ini? …
- Pemilik Perniagaan
- Pengarah Syarikat
- Pengurus Akaun / Kewangan
- Peniaga Online
- Pekerja / Eksekutif
- Perunding takaful / Ejen / Wakil Jualan
- Sesiapa sahaja yang menjana pendapatan.
Ia adalah panduan menyeluruh yang tidak sahaja membantu pembayar cukai tegar malah membantu individu, usahawan online dan offline, syarikat-syarikat yang pertama kali hendak membayar cukai supaya tidak dikenakan cukai yang adakalanya terlebih bayar, membantu mengelakkan dikenakan penalti dan membantu mengurangkan cukai sehingga 100%.