Ramai ibu menyusu mengadu susu mereka berkurangan setelah mula mengambil pil perancang untuk membantu dalam usaha jarakkan proses kehamilan. Namun, kenapa pula masih ada ibu yang juga mengambil pil perancang tetapi tidak ianya memberi kesan negatif terhadap jumlah penghasilan susu mereka. Mengapa boleh perbezaan ini boleh berlaku? Apakah sebabnya?
Hakikatnya, masih ramai ibu yang masih tidak tahu pil perancang yang mana sesuai dan boleh diambil oleh ibu yang masih menyusu tanpa memberi kesan kepada proses penyusuan mereka. Malah, bila bertanya, masih ramai sebenarnya yang mengambil berdasarkan cadangan daripada petugas kesihatan atau individu tertentu tanpa membincangkan status penyusuan mereka. Satu perkara yang ibu kena faham adalah tidak semua petugas kesihatan adalah terlatih dengan ilmu penyusuan, jadi pastikan anda mendapatkan nasihat daripada petugas kesihatan yang terlatih.
Secara umum, pil perancang kebiasaannya mengandungi sama ada hormon progesteron dan estrogen secara solo ataupun kombinasi, yang bertindak memainkan peranan mengelakkan berlakunya proses ovulasi, yang mana ia adalah merupakan langkah penting dalam proses kehamilan.