
Kajian menunjukkan kebanyakkan ibu boleh mengekalkan bekalan susu yang banyak dgn mengambil kalori ~1800 – 2200 (atau lebih) pada setiap hari. Ini bersamaan ekstra sebanyak 300 – 500 kalori daripada wanita biasa.
Namun, pengambilan kalori yang betul sebenarnya bergantung kepada kalori yang diperlukan untuk aktiviti seharian, berat ibu dan juga faktor nutrisi ibu (tidak termasuk untuk laktasi). Ibu yang kurang aktif mungkin memerlukan kalori yang lebih sedikit berbanding dengan ibu yang lebih aktif, atau mempunyai lemak badan yang rendah dan sebagainya.
Jadi? Macam mana Nak TENTUKAN saya perlu ambil EKSTRA 200 ke?300 ke? 400 ke? 500 ke? ekstra KALORI setiap hari?
Ia sebenarnya bergantung kepada 2 faktor;
1. Tahap Penyusuan Ibu
Adakah anak anda menyusu sepenuhnya atau tidak? atau sekadar 3 – 4 kali sehari? Sekiranya anak anda tidak menyusu secara eksklusif sudah tentunya keperluan kalori adalah lebih rendah.
2. Lemak Tersimpan (Mom’s Fat Reserves)
Adakah BMI anda rendah? tinggi? Jika BMI anda rendah, sudah tentunya anda memerlukan lebih ekstra kalori daripada diet anda daripada ibu yang mempunya BMI yang lebih tinggi.
Namun, perlu diingatkan, pengambilan kalori yang kurang drpd 1500 – 1800 mungkin menyebabkan risiko bekalan susu berkurangan. Sebaiknya berjumpalah dengan pakar nutrisi untuk tahu berapa kalori sebenar yang anda perlukan
Kesimpulannya, ia sangat bergantung dengan diri anda dan gaya hidup anda. Jika anda seorang yang aktif dan banyak menggunakan tenaga untuk tugas seharian anda, maka kalori yang diperlukan adalah lebih banyak. Namun, kalori yang lebih sedikit diperlukan untuk anda yang tidak aktif. Jadi, rancanglah mengikut keperluan pemakanan anda!
Salam Sayang