Masa mula-mula nak buat sandwich tu dok takut pasal ada anak kecil setahun kat dalam rumah ni. So, saya asyik fikir macam mana nak bahagikan masa untuk urus anak (ajak main, susu DF etc), urus rumah, nak meroti, nak menyandwich lagi. Semua ini yang menyebabkan saya lambat mulakan langkah tu. Tapi lepas fikir, kalau saya tak mula sekarang nak bisnes sandwich, saya takkan nampak jalan dan penyelesaiannya. Redah sajalah! Pi beli barang, pi COD, angkut anak juga. Kerja yang makan masa lama (masak inti, sapu margerin, basuh & keringkan sayur) tu buat masa anak lena.
Kekadang dok sapu inti & potong roti pun duk layan anak main. Awal Januari baru belajar setiap resepi siap salin dalam buku, scroll setiap post kawan-kawan dalam ni, kira kos, buat tester etc. Pertengahan Januari baru serius niaga. Bermula dengan 3 menu saja, egg mayo, carbonara dan bolognese.