Secara umumnya, penghasilan susu memerlukan ekstra sebanyak 300 – 500 kcal setiap hari berbanding keperluan tenaga untuk wanita biasa, bergantung kepada praktis penyusuan dan juga keadaan fizikal ibu. Jika ibu mengalami berat badan yang berlebihan atau obes, maka tidak perlulah untuk ibu meningkatkan pengambilan kalori sehingga 500 kcal setiap hari.
Bagi mengekalkan kualiti susu yang dihasilkan, pemulihan badan ibu selepas bersalin dan mengekalkan kesihatan ibu, ibu menyusu dinasihatkan untuk makan seimbang dan minum secukupnya selepas bersalin. Ini kerana, jika ibu mengalami masalah nutrisi teruk, ia akan menyebabkan kualiti dan kuantiti susu berkurangan. Walaupun susu ini mungkin akan berkurangan daripada segi kuantiti dan rendah kandungan lemah serta vitamin berbanding susu ibu yang mendapat pemakanan seimbang, namun sebebenarnya susu tersebut masih berkualiti.
A. SAJIAN MAKANAN MENGIKUT KEPERLUAN IBU MENYUSU
Gambar di bawah menunjukkan jumlah sajian yang diperlukan untuk ibu menyusu yang memerlukan kalori tambahan sebanyak 500 kcal setiap hari;
Contoh saiz 1 hidangan kumpulan bijirin adalah seperti di bawah;
Contoh saiz 1 hidangan kumpulan protein adalah seperti di bawah;
Kebanyakkan vitamin dan mineral memang sudah sedia ada dalam susu ibu, dan ianya tidak perlu terlalu bergantung kepada pemakanan ibu. Namun kuantitinya dalam susu ibu boleh berkurangan jika ibu mengalami kekurangan sesuatu vitamin tersebut (terutamanya vitamin larut air). Antara nutrien lain yang perlu diambil ibu termasuklah zink, vitamin D, vitamin A, kalsium dan asid folik.
Pengambilan kalsium dan asid folik juga adalah penting kerana, jika ibu mengambil kurang kalsium, maka lebih banyak kalsium daripada simpanan ibu akan digunakan. Bagi asid foliks pula secara purata, ibu menyusu memerlukan sebanyak 450 – 500 ug/hari sumber asid folik yang boleh didapati daripada sayuran berdaun, bijirin penuh, kekacang, avocado, ekstrak yis seperti promite, vegemite, marmite dan sebagainya.Gambar dibawah menunjukkan contoh vitamin dan mineral dan fungsinya untuk ibu menyusu.
Gambar atas: Contoh mineral dan fungsinya untuk ibu menyusu
Gambar atas: Contoh vitamin dan fungsinya untuk ibu menyusu
Kebanyakkan kandungan vitamin larut air dalam susu ibu juga bergantung kepada pemakanan ibu. Jadi, ibu perlu pastikan untuk mengambil makanan yang seimbang supaya mendapatkan bekalan vitamin yang secukupnya. Manakala vitamin tidak larut air seperti A, D, E dan K adalah kurang bergantung kepada pemakanan ibu. Namun, jika ibu mengalami kekurangan vitamin ini, dinasihatkan supaya memastikan ibu mendapat bekalan daripada diet ibu atau sumbernya.