Pemilihan pam yang sesuai adalah sangat penting, kerana ia dapat membantu sesi pemerahan yang lebih berkesan. Dengan ini lebih banyak susu dapat diperah keluar untuk memastikan payudara dikosongkan dengan lebih sempurna. Dalam pemilihan pam yang sesuai untuk ibu terdapat beberapa faktor dan tips yang perlu diambil kira oleh ibu;
1. Pilih pam yang bersesuaian dengan gaya hidup kerjaya ibu.
Bagi ibu yang mempunyai masa terhad di ofis, anda dinasihatkan supaya memilih double pam atau boleh juga untuk menggunakan aksesori seperti freemie cups (hands-free) dsb yang memudahkan ibu mengepam sambil bekerja. Penggunaan double pam sebenarnya memudahkan letdown refleks kerana payudara diransang serentak serta menjimatkan masa pam anda.
Dinasihatkan juga supaya ibu memilih breastpump yang fleksible dan mudah di bawa kemana sahaja. Ianya perlulah bersaiz kecil dan juga ringan agar mudah disimpan didalam beg untuk dibawa kemana sahaja. Ini sangat penting untuk ibu bekerja yang banyak masanya dihabiskan diluar pejabat (outsation).
Jika anda seringkali bekerja di tempat yang mempunyai masalah bekalan elektrik, pastikan pam yang dipilih mempunyai pilihan menggunakan bateri.