Power pumping adalah teknik pam yang sangat berkesan untuk meningkatkan susu perahan dalam masa beberapa hari atau pun minggu bergantung kepada individu. Apa sebenarnya yang menyebabkan Teknik Power Pumping ini boleh meningkatkan susu ibu?
Secara teknikal, teknik power pumping dilakukan untuk meniru kekerapan penyusuan bayi yang mengalami peralihan bulan atau lebih dikenali sebagai ‘growth spurt’ yang mana kehendak bayi menyusu akan menjadi kebiasaanya lebih tinggi berbanding situasi normal secara berkelompok (cluster-like manner). Teknik ini dikatakan akan meransang payudara untuk hasilkan satu permintaan yang lebih tinggi bagi penghasilan susu yang lebih banyak.
Walaupun teknik power pumping bukanlah teknik yang baru dalam bidang penyusuan, namun masih ramai sebenarnya yang belum memahami secara lebih mendalam bagaimana untuk melakukan power pumping dengan lebih berkesan, agar mendapat hasil perahan yang lebih lumayan. Antara perkara yang akan dibincangkan dalam artikel ini termasuklah;
- Apakah teknik yang betul dalam melakukan power pumping ini?
- Berapa lama dan kerap perlu saya lakukan untuk dapat lihat kesannya?
- Bilakah masa yang sesuai untuk saya melakukannya?
- Adakah betul teknik power pumping sangat berkesan dan berbaloi?
- Apakah tips yang boleh saya praktikkan?
Di sini kami berkongsi panduan lengkap bagaimana anda dapat merealisasikan matlamat anda untuk tingkatkan susu ada melalui power pumping.
A. APAKAH TEKNIK YANG BETUL DALAM MELAKUKAN POWER PUMPING INI?
Seperti yang dijelaskan, power pumping adalah teknik untuk meningkatkan ransangan payudara untuk menghasilkan lebih banyak susu. Ia bukanlah menjadi pengganti kepada kesemua sesi pam dan penyusuan anda. Anda perlu meneruskan sesi pam dan penyusuan seperti biasa, pilih satu masa yang sesuai untuk melakukan power pumping.
Teknik Power Pumping ini boleh dilakukan dalam salah satu sesi pam anda, atau jika baby menyusu badan secara langsung (direct feeding) sepenuhnya anda boleh lakukan ransangan ini selepas sesi penyusuan anda.
Bagi melakukan power pumping ini, anda perlu memperuntukkan masa selama 1 jam iaitu 40 minit untuk masa pam dan 20 minit untuk masa rehat antara sesi pam untuk double pam dan 60 mins untuk single pam. Boleh rujuk gambar dibawah untuk antara jadual power pumping menggunakan single pam dan juga double pam yang boleh dipraktiskan.
Nota: Penggunaan double pump kebiasaannya dapat membantu meningkatkan ransangan kerana payudara akan diransang serentak dan ini akan memudahkan berlakunya let down refleks. Kebiasannya, penggunaan pam elektrik adalah lebih baik kerana ia direka khas untuk meniru cara penyusuan dan hisapan bayi.