Pakar perubatan menyarankan jika ibu demam biasa seperti batuk, selesema, sakit tekak dsb, ibu dinasihatkan untuk meneruskan penyusuan mereka. Ia sebenarnya tidak memudaratkan bayi, malah melindungi bayi daripada jatuh sakit kerana susu ibu akan mengandungi spesifik antibodi terhadap kuman yang menjangkiti ibu mereka.
Jika demam tersebut menyebabkan ibu berasa terlalu lemah, ibu dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk rawatan selanjutnya. Beritahu dengan jelas kepada doktor bahawa anda menyusu, dan kebiasaanya doktor akan pastikan ubat yang diberikan kepada ibu tidak memudaratkan bayi serta penyusuan itu sendiri.
Antara tips yang boleh anda praktis semasa demam termasuklah;
1. Minum air dengan banyak
Semasa demam, suhu badan akan meningkat lebih tinggi berbanding dengan suhu normal. Untuk menstabilkan semula suhu badan, disamping mengelakkan dehidrasi badan, ibu dinasihatkan supaya minum air dengan lebih banyak. Antara tips bagaimana boleh pastikan anda minum dengan lebih banyak termasuklah;
- Sentiasa bawa bekas minuman air, dan minum bila mana ibu rasa dahaga.
- Ambil jus, buah-buahan atau makanan yang banyak kandungan air seperti sup dan sebagainya.
Pantau keadaan fizikal anda, dan kenali tanda-tanda badan dapat air dengan secukupnya (kencing jernih dan tidak berbau)
2. Dapatkan Rehat Yang Berkualiti
Pastikan anda dapat rehat yang lebih berkualiti semasa demam, walaupun tempoh rehatnya singkat. Ini membantu tubuh anda untuk sembuh seperti sediakala dengan lebih cepat.