Pernah tak anda dengar ayat sebegini.. “Menyusu Nie Tak Leh Dok Stress. Sat Gi Susu Lagi Tak Dak!” Dan pernahkah anda terfikir kenapa tak boleh stress? Dan kenapa ibu mesti berasa tenang semasa nak memulakan penyusuan.
Secara logiknya, setiap kali menyusu, bayi akan berada sangat dekat dengan jantung kita. Jika hati kita tidak tenang, jantung akan berdegup dengan lebih laju.. dan ini menyebabkan bayi lebih kurang tenang dan seterusnya menyukarkan lagi sesi penyusuan. Bila sesi penyusuan tidak lancar, ibu akan merasa lebih tertekan dan keletihan.
Secara saintifiknya, keadaan ini akan merencat penghasilan hormon oksitosin kerana hormon ini hanya dirembeskan bila ibu rasa tenang dan gembira. Apa pulak peranan si oksitosin nie? Oksitosin berperanan untuk mengecutkan otot di bahagian kilang susu untuk mengalirkan keluar susu daripada tempat simpanan susu ke saluran susu. Oleh itu. bila mana hormon ini tidak dirembes dengan banyaknya, susu lebih sedikit keluar, dan ini sebenarnya akan menyukarkan lagi proses penyusuan.
Situasi ini juga akan buat ibu akan berasa dan percaya bahawa susu yang dihasilkannya adalah tidak mencukupi. Selalunya, hal ini menyebabkan ibu lebih terdorong untuk memperkenalkan susu formula yang sebenarnya tidak perlu. Antara tips yang ibu boleh lakukan termasuklah minum segelas air panas suam sebelum (bantu supaya ibu merada lebih tenang) dan selepas penyusuan, buat urutan belakang dan payudara serta jika berada jauh daripada bayi, boleh tengok gambar atau video bayi.
Paling penting sentiasa positif diri, percaya dan yakin susu ada dan cukup untuk bayi anda.