
Lazimnya, bayi menyusu badan setiap 1-3 jam / 10 – 12 kali sehari. Corak dan kekerapan ini berubah dari hari ke sehari atau dalam hari yang sama. Bayi yang sedang mengalami tumbesaran yang cepat akan menyusu lebih kerap dari biasa. Kebiasaannya, tempoh penyusuan adalah lebih kurang 20 – 40 minit. Tempoh yang panjang (> 40 minit) atau sangat pendek (< 10 minit) mungkin berlaku jika perlekapan tidak betul, bayi kerap tertidur, duktus tersumbat dan sebagainya.
Bayi yang sihat biasanya tiada masalah mahu menyusu, mereka akan menunjukkan signal-signal tertentu apabila lapar dan mahu menyusu (rujuk gambar di bawah);