Sentuhan Kulit (Skin to Skin Contact) atau lebih dikenali sebagai ‘Kangaroo Care” adalah praktis yang kebiasannya kini dilakukan sebaik sahaja kelahiran bayi di mana-mana hospital rakan bayi. Namun sebenarnya, tiada had usia untuk melakukan sentuhan kulit ke kulit ini dengan bayi anda. Ia boleh dilakukan oleh ibu atau bapa, tiada had jantina dan had umur untuk bayi anda.
Bagaimana Praktis Ini Boleh Membantu Dalam Penyusuan Anda?
Sentuhan Kulit ke Kulit ini akan menolong anda untuk mengenali secara mendalam tanda-tanda bayi anda mahu menyusu. Ia juga membantu untuk meningkatkan paras hormone prolaktin dalam badan anda! Malah, kebanyakkan ibu mendapati bahawa bayi mereka boleh melekap (latching) dengan lebih baik serta dapat memberi ketenangan kepada bayi yang cerewet (fussy) semasa menyusu. Jika anda melahirkan bayi pramatang, dan tidak memulakan penyusuan secepat yang mungkin atas sebab tertentu, sentuhan kulit ke kulit ini dapat membantu badan anda untuk menghasilkan lebih banyak susu.