
Salam Ramadhan dan Salam Penyusuan. Eyza doakan semoga anda ibu yang terus kuat berusaha memberikan #susuibu #susuterbaik di dunia buat #anakkesayangan anda.
Dalam artikel ini eyza nak kongsikan jadual pam di bulan puasa untuk ibu menyusu yang bekerja praktikkan dalam usaha untuk jaga ‘demand’ atau ransangan secara konsisten, untuk pastikan ‘supply’ atau bekalan susu yang berterusan.
Sebagai bonus dalam artikel ini, eyza kongsikan juga antara tips lain yang membantu secara dalaman dan luaran khas untuk anda ibu menyusu.
JADUAL PAM IBU MENYUSU
Untuk ibu bekerja, berpuasa bukanlah satu tiket untuk anda tidak mengepam sepanjang anda berpuasa. Malah, perjalanan sesi pam anda, sewajarnya bermula sebelum bulan puasa lagi untuk meransang lebih banyak demand. Eyza kongsikan di sini jadual pam menyusu yang boleh anda ikut – jadual ini dihasilkan berdasarkan ibu bekerja dalam waktu pejabat. Jika anda bekerja secara shift atau bekerja pada waktu selain daripada waktu yang dinyatakan sesuaikan mengikut keperluan pekerjaan anda.
Perlu ingat, selagi mana anda menjaga demand samaada melalui sesi pam mahupun secara direct feeding, maka selagi itulah supply atau penghasilan susu anda akan terjaga.
Ada ibu bertanya, saya terlalu penat dan letih untuk mengepam di waktu pejabat? bolehkah saya kurangkan sesi pam saya?
Jawapan saya: Sesuaikan mengikut keupayaan ibu. Paling penting pastikan jarak mengepam anda tidak melebih daripada 4 jam (3 jam sekali adalah terbaik). Ibu selalu kena ingat lebih kerap anda mengepam lebih banyak hormon proklatin (tugasnya hasilkan susu) diransang, maka lebih banyaklah susu akan dihasilkan. Ibu juga dinasihatkan supaya ambil makanan yang boleh menambah tenaga serta minum secukupnya bagi memastikan penghasilan susu secukupnya dan juga menjadikan anda lebih bertenaga di siang hari
Di sini Eyza kongsikan juga 8 tips bagaimana anda mampu untuk mengekalkan susu untuk ibu bekerja mahupun ibu yang tidak bekerja.
TIPS#1 SET MINDSET ANDA DENGAN BETUL
Sentiasa POSITIF dan PERCAYA bahawa #susuanda ADA dan CUKUP untuk si comel anda. Kena selalu ingat ‘apa yang kita FIKIR, apa yang kita CAKAP, apa yang kita RASA dan apa yang kita BUAT adalah DOA”.
Jadi, berfikirlah dengan cara betul supaya DOA yang sampai kepadaNya adalah bertepatan dengan kemahuan anda.
TIPS#2 MINUM AIR BANYAK DAN SECUKUPNYA
Ibu menyusu perlu minum air secukupnya kerana kandungan utama susu ibu adalah air. Jadi, pastikan anda banyak minum air secukupnya dalam sela waktu selepas berbuka sehingga waktu bersahur.
Tips: Minum segelas air panas suam sebelum dan selepas sesi penyusuan di waktu malam.
Elakkan juga minum minuman berkafein seperti kopi atau peppermints (bersifat diuretik – badan hilang lebih banyak air) dan sejuk (ais). Boleh ambil minuman panas seperti Maryam Hot Choc atau minuman lain seperti milo, horlicks selepas sesi mengepam untuk dapatkan semula tenaga yang hilang semasa mengepam atau menyusu tadi yer.
.
TIPS#3 JAGA PEMAKANAN ANDA SEMASA BERBUKA
.
Elakkan memakan makanan yang pedas dan berminyak untuk elakkan masalah pencernaan dan ketidakhadaman. Makanan pedas juga meransang peredaran darah dan seterusnya meningkatkan suhu badan yang menyebabkan badan memerlukan lebih banyak air.
.
Seelokknya, makanlah makanan yang di panggang, di rebus atau di stim yang lebih sihat. Tambahkan juga menu sihat dan seimbang dengan pengambilan buah-buahan pada waktu makan kerana buah-buahan tinggi kandungan fiber dan mempunyai kandungan air yang juga tinggi.
.
Jika anda berdiet, elakkan daripada mengikuti diet yang ketat seperti tidak mengambil karbohidrat dan protein pada bulan puasa kerana sumber ini adalah membekalkan tenaga yang penting dalam proses penghasilan susu. Malah, dalam sesetengah situasi akan menyebabkan susu anda berkurangan jika tenaga yang dihasilkan melalui pemakanan anda adalah tidak mencukupi.
.
TIPS#4 JANGAN SKIP JADUAL PAM ANDA
.
Berpuasa bukan satu alasan untuk anda tidak mengepam susu, jadi pastikan anda mematuhi jadual pam anda setiap hari. Kena ingat. pam susu mengikut jadual yang betul akan membantu memastikan demand yang berterusan supaya susu anda tidak merudum. Untuk jadual pam, boleh rujuk di bahagian atas artikel ini.
.
Kena ingat nie “KURANG DEMAND, MAKA KURANGLAH SUPPLY”
.
TIPS#5 POWER PUMPING SEMINGGU SEKALI
.
Power pumping adalah satu teknik yang sangat berkesan untuk meransang lebih banyak demand untuk payudara hasilkan lebih banyak susu. Dalam bulan puasa nie anda boleh untuk buat power pumping seminggu sekali pada ketika anda bangun sebelum sahur.
.
Waktu ideal untuk power pumping ini adalah antara Jam 12 sehingga pukul 6 pagi kerana pada ketika ini banyak hormone prolaktin akan dihasilkan berbanding waktu lain.
Seusai anda melakukan power pumping, boleh pula untuk melakukan tahajjud dan solat sunat lain, moga dipermudahkan lagi perjalanan penyusuan anda. InshaAllah. Jika anda tak tahu bagaimana nak lakukan power pumping boleh rujuk artikel ini: http://www.mithalimoms.com.my/panduan-cara-melakukan-power-pumping-dengan-berkesan/.
TIP#6 AMALKAN KURMA SEPANJANG ANDA BERPUASA
Kurma adalah buahan syurga yang mempunyai khasiat yang sangat banyak untuk ibu mengandung dan juga menyusu. Kajian menunjukkan kurma mengandungi unit gula ringkas yang dapat memberikan tenaga segera untuk ibu menyusu.
Tips: Anda boleh amalkan kurma semasa berbuka puasa (3 bji), sebagai snak atau kudapan semasa moreh (3 – 5 biji), selepas sesi penyusuan sepanjang malam (1 – 2 biji bersama segelas air) dan juga semasa penutup sahur (3 biji).
TIPS#7 MENGAMBIL SUPPLEMEN TAMBAHAN
Ibu menyusu kena pastikan anda bertenaga untuk mengelakkan anda keletihan sepanjang anda berpuasa. Anda disarankan untuk mengambil supplemen tambahan yang boleh menambah nutrisi serta membekalkan tenaga untuk anda seperti Maryam Hot Chocolate. Paling penting ia adalah rumusan galactagogue khas yg dapat membantu menambah dan memekatkan susu buat si comel anda.
Disarankan amalkan Maryam Hot Chocolate sebagai pada waktu malam semasa moreh dan/atau sebagai penutup sahur anda bersama dengan kudapan kurma.
Untuk tahu lebih lanjut tentang Maryam Hot Chocolate boleh klik link ini: http://www.mithalimoms.com.my/tentang-maryam/
TIP#8 BERTAWAKKALAH KEPADA ALLAH
.
Jika anda dah berusaha sepatutnya, berdoalah dan bertawakkallah kepada Allah, mohon supaya dicukup susu anda buat si comel anda. Moga ramadhan kali ini dipermudahkan buat anda sebagai ibu, sebagai isteri, sebagai anak dan sebagai hambaNya
.
Tips: Berzikir sepanjang anda mengepam susu, ia membantu beri anda ketenangan untuk memudahkan proses let down refleks.
Salam Sayang Penyusuan…
Eyza Naja
Kaunselor Laktasi
Mithali Moms – Breastfeeding Nurturing Life