Semasa hamil, badan ibu akan menghasilkan lebih banyak darah untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan bayi yang sihat. Peningkatan darah ini adalah penting untuk memastikan bayi anda mendapat bekalan oksigen dan nutrien secukupnya sepanjang berada dalam kandungan ibu. Namun, jika kandungan Hemoglobin (Hb) menjadi rendah ia adalah merupakan satu petanda anda mempunyai masalah anaemia atau kurang darah semasa hamil. Situasi ini boleh berlaku jika anda tidak mendapat nutrisi secukupnya menyebabkan badan anda tidak dapat menghasilkan sel merah secukupnya semasa hamil.
Dalam kamus perubatan terdapat lebih daripada 400 jenis anaemia yang wujud, namun hanya 3 jenis anaemia yang sering berlaku semasa ibu hamil iaitu;
- Iron-deficiency anemia – Anaemia yang berlaku disebabkan oleh kekurangan pengambilan zat besi oleh ibu hamil. Zat besi adalah mineral yang berfungsi sebagai pembawa oksigen dalam sel darah merah daripada paru – paru ke seluruh tubuh badan. Ia juga membantu otot untuk simpan dan guna oksigen bagi menjalankan fungsinya. Sebab itu, apabila ibu mengalami kekurangan zat besi, ibu merasa letih dan lebih mudah terdedah kepada jangkitan kuman.
- Folate-deficiency anemia – Anaemia yang berlaku disebabkan oleh kekurangan asid folik, iaitu sejenis vitamin larut air yang penting bagi menghalang berlakunya kecacatan pada saraf tunjang atau ‘neural tube” . Asid folik merupakan supplemen biasa yang dia ambil oleh ibu hamil, dan boleh didapati daripada sumber makanan seperti bijirin, sayuran berdaun, pisang dan sebagainya. Kekurangan pengambilan asid folik yang ketara juga boleh menyebabkan kekurangan penghasilan sel darah merah dan seterusnya menjadi sebab berlakunya anaemia.
- Vitamin B12 deficiency – Aneamia yang berlaku disebabkan oleh kekurangan vitamin B12 yang diperlukan oleh badan untuk menghasilkan sel darah merah.
Nota: Hemoglobin adalah merupakan kenderaan (molekul) pembawa oksigen kepada sel dan tisu ke seluruh tubuh badan untuk memastikan setiap organ dan fungsi badan dapat menjalankan tugasnya secara optimum.
Jadi, apakah punca UTAMA yang menjadi sebab berlakunya anaemia semasa hamil?
- Kekurangan zat besi, asid folik, vitamin C akibat pemakanan yang tidak seimbang
- Masalah penyerapan yang menyebabkan zat besi yang dimakan oleh ibu tidak dapat diserap secara optimum oleh tubuh badan ibu.
- Pembawa faktor genetik seperti penyakit Talasemia
- Masalah kesihatan (thalasemia, hemoglobinopathy, pendarahan serius dsb)
Siapakah yang berisiko tinggi mengalami masalah Anaemia / Hb Rendah Semasa Hamil?
- Ibu yang hamil anak kembar
- Ibu yang mempunyai jarak kehamilan antara anak terlalu rapat
- Ibu yang mempunyai alahan teruk dan muntah dengan banyak dan kerap (masalah nutrisi)
- Ibu muda remaja yang hamil (bawah 20 tahun)
- Ibu yang mempunyai anaemia sebelum hamil
- Ibu yang makan makanan rendah zat besi, vitamin C dalam diet seharian
- Ibu yang mempunyai masalah kesihatan (thalasemia, hemoglobinopathy, pendarahan serius dsb)
Apakah Simptom atau tanda anda mengalami masalah Anaemia / Hb Rendah Semasa Hamil?
Pada awalnya, anda mungkin tidak dapat merasai apa-apa perubahan khusus, namun apabila masalah anaemia menjadi bertambah serius antara simptom atau tanda-tanda yang boleh anda lihat termasuklah;
- Letih atau lemah tubuh badan
- Pening
- Sesak nafas
- Degupan jantung menjadi laju dan tidak teratur
- Kulit, kuku dan bibir menjadi pucat
- Tangan dan kaki menjadi sejuk
- Mengalami kesukaran menumpukan perhatian
Bagi ibu hamil, berikut adalah tahap paras hemoglobin (Hb) dalam darah yang menunjukkan kategori anemia:
Apakah Impak atau Kesan Negatif Anaemia Kepada Ibu dan Bayi?
- Dalam kebanyakkan situasi, anaemia yang dikesan dan dirawat awal tidak akan memberi sebarang masalah kepada ibu dan bayi.
- Namun, jika masalah anaemia ini berterusan secara serius (paras Hb rendah yang terlalu kritikal), ia boleh menyebabkan kelahiran bayi pra-matang, keguguran janin, tumpah darah semasa bersalin, darah tinggi, tekanan perasaan dan masalah jantung sehingga boleh membawa kematian.
Bagaimana pula cara untuk mengatasi masalah Hb rendah semasa hamil?
- Makan makanan seimbang yang kaya dengan sumber zat besi seperti daging ayam, sayuran berdaun hijau, brokoli, kekacang, hati, kerang, buah-buahan seperti labu dan tembikai, termasuk buah-buahan kering seperti kismis dan prun untuk meransang pembentukan Hb dengan lebih banyak. (Klik sini untuk baca Panduan Pemakanan Untuk Tingkatkan Hb Anda: https://www.mithalimoms.com.my/6-cara-pemakanan-tingkatkan-hb-rendah-untuk-ibu-hamil/)
- Makan makanan yang kaya dengan vitamin C seperti buah oren, strawberi, betik dan sayuran berdaun hijau termasuk tomato dan cili benggala. Vitamin C penting untuk memaksimumkan penyerapan zat besi dalam tubuh badan.
- Ambil supplemen tambahan seperti pil zat besi yang selalu diberikan untuk atasi masalah anaemia di klinik-klinik antenatal. Nutrisi suplemen bertujuan memudahkan pengambilan zat besi bagi ibu mengandung yang mengalami alahan ketika mengandung. Disarankan juga ambil Jus La Mamma Prenatal, supplemen khusus yang mengandungi zat besi, asid folik dan vitamin C untuk ibu hamil yang mengalami masalah Hb yang rendah.
- Untuk masalah anaemia yang serius, ada sesetengah ibu terpaksa untuk tambah darah (blood transfusion) untuk bantu tingkatkan Hb dengan cepat.
Sumber Rujukan:
http://www.webmd.com/baby/guide/anemia-in-pregnancy#1http://americanpregnancy.org/pregnancy-concerns/anemia-during-pregnancy/https://www.babycentre.co.uk/a3073/iron-deficiency-anaemia