
Ramai ibu sebenarnya hanya sekadar mengepam susu, tanpa memahami proses bagaimana untuk mendapatkan hasil perahan yang lebih banyak. Disini akak berkongsi sikit teknik bagaimana praktis yang boleh anda ikut sebelum, semasa dan selepas sesi pemerahan / pam bagi memastikan payudara anda dapat dikosongkan dengan sempurna. Ini sebenarnya secara tidak langsung, boleh kumpul susu dengan lebih banyak!
PENTING: Untuk membantu pengeluaran susu dengan lebih baik dan lancar, ibu hendaklah sentiasa tenang, positif dan percaya dengan kebolehan diri sendiri. Paling penting, ransang letdown refleks anda (Boleh tgk gambar baby ke? Video baby ke? Atau anything yang membuatkan anda rasa gembira dan Happy!). Ibu juga dinasihatkan untuk, kurangkan punca kesakitan atau kebimbangan yang anda hadapi! Sebagai contoh, jika pam ada menyebabkan kesakitan pada bahagian payudara anda, bertindaklah dengan cepat untuk mengatasi kesakitan tersebut.
Ini kerana, terdapat 2 hormon penting dalam penyusuan iaitu Hormon Prolaktin dan Hormon Oksitosin. Hormon prolaktin diransang dengan kekerapan anda kosongkan payudara manakala hormon oksitosin banyak dirembeskan bila mana ibu merasa gembira, tenang dan teruja dengan sesi pemerahan / penyusuan tersebut. Fungsi hormon prolaktin adalah untuk menghasilkan susu manakala fungsi hormon oksitosin adalah untuk mengecutkan otot di kantung simpan susu di kilang susu anda. Bila otot ini mengecut, susu akan terpancut keluar ke saluran besar susu dan seterusnya dapat diperah dan dikeluarkan melalui pam atau hisapan bayi. Inilah sebabnya ibu tak boleh STRESS semasa sesi pemerahan berlaku.
A. PRAKTIS SEBELUM PAM
- Pastikan ibu berada dalam keadaan selesa.
- Dapatkan pembantu untuk mengurut belakang selama 2 – 3 minit (jika ibu berada di rumah) – Rujuk link nie untuk cara urutan: http://www.mithalimoms.com.my/teknik-urutan-banyakkan-susu/ (Bahagian A)
- Minum 1 gelas air panas suam yang dapat melegakan dan dapat membantu ibu supaya lebih tenang.
- Tuam dan buat urutan payudara (amik masa dalam 2 – 3 mins). Rujuk link nie untuk cara urutan: http://www.mithalimoms.com.my/teknik-urutan-banyakkan-susu/ (Bahagian B)
- Ransang puting susu dengan dengan cara gentel dengan jari atau ibu jari secara lembut untuk mengejutkannya bekerja.
B. PRAKTIS SEMASA PAM
- Mulakan dengan mode stimulation (ransangan), baru tukar kepada expression (untuk minik cara hisapan bayi – lebih laju dipermulaan dan lebih perlahan dan panjang di akhir penyusuan)
- Sekiranya semasa pam aliran susu menjadi perlahan, apa yang anda boleh buat termasuklah;
A. Boleh bantu dengan buat urutan menghala ke puting payudara anda, atau
B. Tukar mode stimulation sekejap untuk buat ransangan sebelum tukar semula kepada mode expression, atau
C. Buat teknik breast compression (rujuk link di atas bahagian C) untuk melancarkan aliran susu. - Pam secara konsisten dan pastikan anda habiskan sesi pam yang telah ditetapkan anda setiap hari. Kena pam secara konsisten untuk dapatkan hasil susu yang konsisten (kebiasannya sesi pam selama 20 – 30 mins bagi setiap payudara adalah mencukupi)
C. PRAKTIS SELEPAS PAM
- Periksa keberkesanan sesi pam (marmet – perah guna tangan) untuk tgk keberkesanan sesi pam dan pastikan breast dapat dikosongkan dengan sempurna. Rujuk link ini untuk cara marmet yang berkesan: http://www.mithalimoms.com.my/cara-perah-susu-menggunakan-tangan/
- Sekiranya masih ada susu teruskan marmet sehingga breast kosong. Kena PASTIKAN BREAST KOSONG!
- Minum 1 gelas air panas suam selepas sesi penyusuan.
PENTING: Jaga kekerapan anda kosongkan payudara. Pam secara konsisten 2 – 3 jam sekali selama 20 – 30 mins setiap payudara sehingga kosong. Pastikan setiap sesi pam anda adalah sesi yang berkesan! Kena ingat: susu dihasilkan berdasarkan kepada permintaan, lagi kerap anda mengosongkan secara konsisten, lagi banyak susu akan terhasil.
Akhir kata, jaga pemakanan anda, minum secukupnya dan pastikan anda cukup rehat untuk elakkan stress okay…
Salam sayang dan keep strong in bfeeding💪💪!
Pn Eyza Naja, Kaunselor Laktasi, Mithali Moms