Penyusuan Ibu adalah tidak sepatutnya MENYAKITKAN. Walaupun kadangkala ada ibu mengalami situasi dimana puting agak tegang atau sakit selepas beberapa hari ibu memulakan penyusuan. Namun, kesakitan ini akan hilang setelah ibu dan bayi dapat menyusu dengan lebih baik.
TETAPI, jika sekiranya keadaan ini berterusan dan amat menyakitkan, ia kebiasannya ibu akan membuatkan ibu menjadi takut untuk memberi bayi menghisap payudara secara direct. Tambaha pula jika terdapatnya luka pada kawasan sekeliling puting. Jika situasi ini berlaku ia adalah TIDAK LAGI NORMAL dan perlu diberi perhatian khusus.
Antara sebab boleh berlakunya masalah ini termasuklah;
- Posisi dan pelekapan penyusuan yang salah
- Bayi menarik payudara semasa di akhir sesi penyusuan
- Masalah breastpump – Penggunaan breast pump yang menyedut puting dan payudara terlalu kuat atau saiz corong pam yang tidak sesuai menyebabkan regangan dan iritasi kepada puting,
- Berlakunya jangkitan Candida boleh dijangkiti daripada mulut bayi ke payudara ibu
- Bayi anda mempunyai masalah Infant tongue tie boleh menyebabkan geseran pada puting dan seterusnya melukakan puting.
Jadi, bagaimana caranya untuk anda atasi masalah ini? Dalam kebanyakkan situsasi, cara penyelesaiannya adalah sangat bergantung kepada FAKTOR penyebabnya (ROOT CAUSE). Jadi, pastikan anda kenali faktor penyebab dan tertindaklah mengikut situasi berkenaan. Boleh rujuk bawah;
- Masalah Posisi dan Pelekapan – Perbaiki posisi penyusuan dan pelekapan.
- Bayi menarik puting di akhir penyusuan – peka dengan tanda-tanda bayi mahu menggigit & lepaskan mulut bayi drpd breast dengan segera dan lembut (https://www.mithalimoms.com.my/panduan-atasi-bayi-gigit-puting/).
- Penggunaan breastpump yang tidak optimum – optimize suction level dan pastikan corong pam yang digunakan adalah sesuai (https://www.mithalimoms.com.my/panduan-memilih-pam-susu-yang-sesuai/).
- Jangkitan Candida – dapatkan rawatan doktor utk jangkitan candida (ibu dan anak hendaklah diperiksa untuk rawatan)
- Masalah Infant Tongue-tie – dapatkan rawatan pakar untuk membetulkan masalah tongue tie (boleh tengok gambar di bawah perbezaan antara normal tongue dan tongue tie. Hisapan bayi yang mempunyai masalah tongue tie adalah lebih pendek yang mana akan menyebabkan nipple tergesel di lelangit atas yang keras (hard palate) dan seterusnya menyebabkan luka.