- Pastikan bayi menyusu dengan efisien – Ini kerana lebih banyak susu dikeluarkan daripada payudara maka lebih banyaklah susu akan terhasil. Jika bayi tak dapat mengosongkan payudara dengan efisien dinasihatkan supaya ibu memerah atau pam susu yang selebihnya.
- Menyusu dengan kerap dan selama mana bayi mahu menyusu. Jika bayi mengalami masalah berat badan sasarkan penyusuan setiap 1.5 – 2 jam sekali pada waktu siang dan sekurang2xnya 3 kali pada waktu malam.
- Rangsangan melalui penyusuan terus daripada payudara juga boleh deilakukan dengan ibu mengambil cuti selama 2 – 3 hari. Susuilah bayi anda sekerap mungkin dan setiap kali selepas penyusuan… berehatlah…
- Tukar payudara setiap 3 kali atau lebih pada setiap sesi penyusuan, tapi pastikan bayi puas menyusu di payudara berkenaan sebelum menukarkannua. Gunakan urutan payudara breast compression untuk menggalakkan bayi menyusu lebih lama.
- Berehat dan tidurlah ketika bayi tidur. Antara lain minum air secukupnya dan makan makanan seimbang.
- Pam payudara selepas atau sewaktu sesi penyusuan sgt membantu. Untuk hasil yang berkesan, teruskan pam payudara dalam 2 – 5mins selepas titik susu terakhir. Praktikkan teknik relaxation sebaik mungkin ketika mengepam.
- Galactagogue seperti Maryam Milk Booster yang dirumus khas boleh diambil untuk menambah penghasilan susu.