Penggunaan pam susu secara meluas sekarang ini menjadikan ibu lebih bergantung kepada pam susu sebagai satu-satunya alternatif untuk memerah susu. Namun, sebenarnya perahan menggunakan tangan atau lebih dikenali sebagai teknik marmet adalah salah satu teknik yang semestinya dipelajari oleh setiap ibu kerana ia amat berguna dalam situasi berikut;
- Bila pam anda rosak, dan anda kesuntukan masa untuk membaiki pam tersebut.
- Bila pam anda tidak efektif untuk mengosongkan payudara anda (Ini sangat penting kerana jika payudara tidak dikosongkan dengan efektif, ini akan menyebabkan susu berkurangan pada masa hadapan).
- Salah satu cara untuk memastikan payudara dikosongkan dengan sempurna (boleh dipraktiskan setiap kali berakhirnya sesi pam anda)
Bagi persediaan memerah susu ibu dinasihatkan supaya yakin dan percaya akan kebolehan diri sendiri menghasilkan susu yang secukupnya untuk bayi anda. Paling penting kurangkan punca kesakitan atau kebimbangan, jadi anda akan berasa lebih selesa. Paling penting, RANSANG LET DOWN REFLEKS ANDA! Antara perkara yang anda boleh lakukan untuk mendapatkan let down refleks dengan lebih mudah termasuklah;
- Pastikan ibu berada dalam keadaan selesa.
- Minum minuman suam yang dapat melegakan dan dapat membantu ibu supaya lebih tenang.
- Tuam dan urut payudara selama 2 – 5 mins (Klik Sini Untuk Caranya).
- Ransang puting susu dengan dengan cara gentel dengan jari atau ibu jari dengan lembut.
- Dapatkan pembantu untuk mengurut belakang selama 2 – 3 minit (jika ibu berada di rumah).