
NOTA PENTING: Untuk membantu pengeluaran susu dengan lebih baik dan lancar, ibu hendaklah sentiasa tenang, positif dan percaya dengan kebolehan diri sendiri. Paling penting, ransang letdown refleks anda! Boleh tengok gambar atau video baby anda atau sahaja yang membuatkan anda rasa gembira. Elakkan sebarang perkara yang boleh sebabkan anda rasa stress. Sebab itu adalah sangat penting kena kurangkan punca kesakitan atau kebimbangan yang anda hadapi!
A. PRAKTIS SEBELUM PAM SUSU YANG BOLEH ANDA LAKUKAN
- Pastikan anda berada dalam keadaan selesa.
- Minum 1 gelas air panas suam yang dapat melegakan dan membantu ibu supaya lebih tenang.
- Tuam dan Buat urutan payudara (amik masa dalam 2 – 3 mins). Rujuk link (Bahagian B) nie untuk cara urutan: http://www.mithalimoms.com.my/teknik-urutan-banyakkan-susu/
- Ransang puting susu dengan dgn cara gentel dengan jari atau ibu jari dengan lembut.
- Jika anda berada di rumah, boleh inta suami untuk mengurut belakang selama 2 – 3 minit untuk melancarkan pengeluaran susu dan menjadikan ibu lebih selesa – Rujuk link di atas Bahagian A.
B. PRAKTIS SEMASA PAM SUSU YANG BOLEH ANDA LAKUKAN
- Mulakan dengan mode stimulation baru expression (untuk mimik cara hisapan bayi). Ia juga dapat meransang berlakunya let down refleks dengan lebih mudah.
- Sekiranya semasa pam aliran susu menjadi perlahan, apa yang anda boleh buat termasuklah;
A. boleh bantu dengan buat urutan menghala ke payudara, atau
B. Tukar mode stimulation sekejap then buat semula expression, atau
C. Buat breast compression (Rujuk link di atas bahagian C) untuk melancarkan aliran susu. - Pam secara konsisten dan habiskan sesi pam yang telah ditetapkan anda setiap hari.
C. PRAKTIS SELEPAS PAM YANG BOLEH ANDA LAKUKAN
- Periksa keberkesanan sesi pam (marmet – perah guna tangan) untuk tgk keberkesanan sesi pam dan pastikan breast dapat dikosongkan dengan sempurna. Rujuk link ini untuk cara marmet yang berkesan: http://www.mithalimoms.com.my/cara-perah-susu-menggunakan-tangan/.
- Sekiranya masih ada susu teruskan marmet sehingga breast kosong. Kena PASTIKAN BREAST KOSONG! Sebab penyusuan ini sangat bergantung kepada konsep demand & supply. Lagi kerap kita kosongkan payudara dengan betul secara konsisten, maka lagi banyaklah susu akan dihasilkan.
- Minum 1 gelas air panas suam selepas sesi penyusuan.
TIPS PENTING: Pastikan anda mengepam 2 – 3 jam sekali secara konsisten. Pam selama 20 – 30 mins setiap sehingga kosong (bila breast terasa kosong dan bila marmet tiada lagi susu memancut keluar).
Pastikan juga jaga pemakanan anda, minum secukupnya dan pastikan anda cukup rehat untuk elakkan stress okay…
Salam sayang dan keep strong in breastfeeding💪💪