
Masih tercari-cari bisnes makanan apa yang mudah buat dari rumah dengan modal yang rendah? Bila ada yang tanya soalan macam ni, saya akan bagitau, “Bisnes Sandwich”. Percaya atau tidak sekiranya, saya katakan anda mampu buat duit ribu-ribu hanya dengan jual sandwich dengan kos permulaan yang minima. Cara pembuatan sandwich mungkin nampak senang tapi strategi nak menjual tu yang kena belajar.
Pertamanya, Kenapa saya katakan “YA” kepada “Bisnes Sandwich” ini?
Sebenarnya, dengan Sandwich banyak benda yang kita jimat kerana kita hanya menggunakan peralatan yang ada dekat dapur sahaja, tanpa memerlukan aset tambahan. Ini kerana terdapat banyak jenis Sandwich (basic) sedap yang boleh anda siapkan. Ini bermaksud anda:
- Tidak perlu kuali
- Tidak perlu minyak masak
- Tidak perlu oven
- Tidak perlu blender
- Tidak perlu mixer
Sekiranya dapur anda hanya ada peralatan dapur yang minima, anda sudah boleh memulakan bisnes sandwich anda!