Ibu bekerjaya dinasihatkan supaya berlatih untuk memerah susu DUA (2) MINGGU selepas kelahiran bayi. Namun jika Ibu mengalami bengkak payudara, atau mempunyai susu berlebihan setiap kali selepas penyusuan, Ibu boleh melakukan perahan susu mengikut keselesaan Ibu. Kebiasannya, pada awal sesi perahan, jumlah susu perahan memang sedikit, tetapi lama kelamaan akan meningkat selepas beberapa kali percubaan.
Pengumpulan stok susu pula boleh dimulakan secara intensif sekurang-kurangnya 1 BULAN selepas kelahiran bayi. Ini kerana, dalam banyak keadaan, ibu akan rasa lebih tenang kembali ke tempat kerja sekiranya mempunyai stok susu yang mencukupi.
Hakikatnya, ramai ibu bekerjaya masih boleh berjaya menyusukan anak dengan memerah bekalan susu yang hanya cukup untuk keesokkan hari. Paling penting ibu hendaklah sentiasa positif dan yakin kepada keupayaan diri.
Sebagai permulaan, Ibu boleh memerah susu sebelah payudara sekiranya anak telah cukup untuk menghisap sebelah payudara satu lagi atau sekiranya ibu mempunyai peralatan pam yang sesuai, boleh menyusu dan perah secara tandem. Ini biasanya akan memudahkan let down refleks, maka lebih banyak susu diperah. Pastikan Ibu perah dan simpan susu pada bila-bila masa apabila masih ada susu yang berlebihan.
Bagi ibu yang masih belum mempunyai jadual latihan pemerahan susu secara intensif, bolehlah rujuk kepada jadual latihan di bawah: