
Ramai ibu jadi keliru dan risau sama ada susu yang dihasilkan mencukupi atau tidak untuk bayi kesayangan mereka. Jadi bagaimana sebenarnya anda dapat menentukan bahawa bayi anda cukup susu atau tidak? 9 tanda di bawah adalah merupakan gabungan tanda yang lebih ‘reliable’ untuk menentukan sama ada bayi anda cukup susu atau tidak.
- Kenaikan berat badan bayi anda adalah baik mengikut carta tumbesaran bayi (purata 150 gm setiap minggu). Adalah perkara yang normal minggu awal kelahirannya, sesetengah bayi kehilangan berat badan beberapa oz tetapi kebiasannya beratnya akan meningkat semula di akhir minggu kedua.
- Kekerapan Air kencing (Urin) atau Urin Output Bayi: 6 – 8 kali tukaran lampin basah dalam masa 24 jam.
- Air kencing (Urin) bayi anda akan kelihatan berwarna jernih dan tidak berbau.
- Kekerapan membuang air besar : 3 – 4 kali dalam masa 24 jam (berkurangan bila bayi >1 bulan). Semakin meningkat usia bayi semakin kurang ia membuang air besar dan kadangkala tidak membuang langsung untuk beberapa hari. Najis bayi yang menyusu dengan susu ibu kurang berbau berbanding bayi yang menyusu dengan susu formula.
- Bayi anda menyusu sebanyak 8 – 10 kali sehari pada dua atau tiga minggu pertama kelahirannya. Bayi yang baru lahir akan menyusu setiap satu hingga 3 jam dalam masa 24 jam. Jika bayi tidur dengan nyenyak untuk selama lebih 4 jam dalam dua minggu yang pertama selepas kelahiran, kejutkannya untuk disusui. Bayi yang menyusu badan akan menyusu dengan lebih kerap kerana terdapat enzim dalam susu ibu yang membantu pencernaan bayi. Bagi bayi yang menyusu susu formula pula, adalah normal kekerapan penyusuan itu sedikit kurang kerana ia kenyang lebih lama (tiada enzim membantu pencernaan dalam susu formula).
- Bayi melepaskan dengan sendiri payudara atau puting susu. Jika anda menyusu badan, payudara anda akan berasa lebih lembut dan kosong selepas sesi penyusuan.
- Kulit bayi anda berasa tegang – ia akan memantul semula apabila dicubit dan lembap.
- Bayi anda aktif dan peka.
- Bayi anda mempunyai “Good muscle tone” – otot lebih tegang dan tidak lembik bila dipegang.
- Bayi akan tidur dengan lebih nyenyak dan bayi kelihatan cergas ketika bangun tidur.
Jika anda mahu kenali tanda-tanda bayi lapar dan nak menyusu boleh baca artikel di bawah ini untuk info lanjut:
https://www.mithalimoms.com.my/kenali-tanda-bayi-mahu-menyusu/