Jika bayi anda seringkali tertidur semasa menyusu, ia bukanlah petanda bahawa bayi anda sudah kekenyangan. Kadangkala, ada sesetengah bayi dalam situasi tertentu seperti jaundice (kuning) mudah rasa mengantuk. Jadi, bayi lebih mudah tertidur semasa menyusu dan ini menyebabkan bayi kurang mendapat susu yang secukupnya.
Jika bayi anda mudah tertidur semasa menyusu antara tips yang boleh anda praktiskan untuk mengejut bayi menyusu, termasuklah;
- Kejutkan bayi ketika menyusu seperti mengusap/ mengusik bahagian tapak kaki dan tangannya.
- Kerap bercakap dengan bayi (pelbagai intonasi suara) semasa menyusu supaya bayi tidak cepat tertidur.
- Keluarkan puting dari mulut bayi – jika mulutnya masih membuat gerakan seperti menghisap, teruskan penyusuan dengan lebih lama supaya bayi mendapat susu akhir (hind milk).
- Buka semua kain balutan badannya supaya kaki dan tangannya keluar dan bergerak-gerak.
- Cuba menyusu bayi dalam posisi menegak (bayi seperti berdiri)
- Gunakan teknik menukar payudara dalam satu penyusuan. Apabila bayi tertidur, tukarkan ke payudara sebelah lagi. Untuk elakkan daripada menukar posisi kepala bayi boleh bermula posisi cross – cradle hold dan menukar ke posisi football hold.
- Jika ibu terlalu penat kerana bayi menyusu agak lama, bertukar kepada posisi penyusuan yang lebih selesa dan tidak menyakitkan badan i.e berbaring.