“Bayi tak nak menyusu la kak, bila bagi puting dia buat tak tahu aje..Tak pun dia elak dan terus palingkan muka ke arah lain.. Sedih saya kak.. ke bayi saya tak suka susu saya kak?”
Situasi ini selalunya akan menyebabkan ibu sering rasa rendah diri dan sedih. Malah ada beranggapan yang bayinya tak suka susu ibu. Tambah pula dengan ketidakstabilan emosi selepas sesi kelahiran, terus menyebabkan sesetengah ibu berputus asa dengan penyusuan ibu.
Sebenarnya, dalam kes tertentu, adakalanya bayi terpaksa dikejutkan menyusu dengan kekerapan tertentu jika bagi anda mengalami perkara berikut;
- Premature Baby (Kelahiran Tidak Cukup Bulan)
- Jaundice (Kuning)
- Bayi Yang Terlalu Kecil
- Bayi Yang Ibu Diberikan Ubat Yang Mengantuk Semasa Bersalin
Bayi yang sihat biasanya tiada masalah mahu menyusu, mereka akan menunjukkan signal-signal tertentu apabila lapar dan mahu menyusu. Antara sebab –sebab bayi enggan menyusu adalah termasuklah;
- Bayi tidak lapar
- Bayi sejuk, kecil, sakit dan lemah
- Posisi penyusuan tidak betul
- Bayi tidak selesa kerana ibu bergerak, menggoncang payudara atau bayi
- Bayi yang mengalami kekeliruan puting akibat pemberian puting botol/pacifier terlalu awal.
- Wangian Ibu berbeza
- Aliran susu yang perlahan atau terlalu laju
- Bayi selesema, sakit mulut atau hidung tersumbat
- Bayi selesa dengan sebelah payudara sahaja
- Ibu mengalami bengkak payudara menjadikan bahagian areolar terlalu keras menyukarkan bayi untuk melekap semasa memulakan penyusuan
Jadi penting untuk Ibu kenali tanda dan sebab kenapa bayi anda enggan menyusu, untuk pastikan masalah sebenar diatasi. Secara umumnya, antara cara penyelesaian yang lakukan anda boleh buat termasuklah;
- Membetulkan posisi dan lekapan semasa penyusuan
- Jika aliran terlalu laju, perah atau pam susu sebelum memulakan penyusuan atau menukar posisi penyusuan.
- Jika aliran susu perlahan, boleh cuba teknik breast compression untuk membantu melancarkan aliran susu.
- Jika breast bengkak, perah atau pam terlebih dahulu untuk lembutkan kawasan areolar bagi bantu babu melekap dengan sempurna.
- Jika bayi sakit, dapatkan rawatan dan pemeriksaan doktor atau pengamal perubatan.
- Elakkan penggunaan pacifier / puting botol terlalu awal.
- Galakkan skin to skin contact atau Kangaroo Mother Care.
- Tidak memaksa bayi jika bayi enggan, menolak atau menangis, sebaliknya tenangkan bayi dahulu sebelum memulakan penyusuan.