Penyakit kuning atau dalam bahasa ilmiah lebih dikenali dengan nama ‘Jaundice’ adalah satu keadaan yang berlaku apabila bahagian badan bayi seperti mata, mulut (bahagian dalam) dan kulit menjadi kekuningan kerana peningkatan tahap sejenis bahan pigmen yang dikenali sebagai bilirubin pada tisu badan.
Menurut kajian, terdapat lebih kurang tiga suku bayi akan mengalami masalah ini dalam beberapa hari selepas kelahiran. Tapi, tahukah anda?
- 50% bayi yang dilahirkan cukup bulan akan menghidapi kuning pada hari kedua atau ketiga selepas kelahirannya. Namun, ia biasanya akan hilang selepas seminggu.
- 80% bayi pramatang akan menghidapi kuning pada hari ke lima hingga ke tujuh selepas kelahirannya, dan biasanya akan hilang selepas dua bulan kelahirannya.
Jika anda mempunyai masalah ini (sakit kuning), anda tidak perlu risau, paling penting dapatkan rawatan lanjut daripada ahli pediatrik anda.