Bayi yang meragam semasa penyusuan boleh menyebabkan penyusuan mengambil masa yang agak lama sehingga kadang kala lebih dari satu jam. Perkara ini bukan sahaja menyebabkan ibu keletihan, malah boleh menyebabkan kemungkinan besar bayi tidak mendapat susu secukupnya. Menyusu dalam masa yang lama tidak semestinya bermaksud bayi akan mendapat susu secukupnya sekiranya sesi penyusuan itu tidak efektif. Ini kerana bayi mungkin hanya menghisap puting sahaja dan ia boleh menyebabkan perut bayi menjadi kembung. Seterusnya mengakibatkan bayi meragam dan menangis.
Jadi, dalam situasi ini, apa sebenarnya yang boleh anda boleh lakukan?
Anda boleh mempraktikkan perkara di bawah untuk memastikan bayi anda boleh menyusu dengan baik dan tenang.
- Pujuk bayi anda. Tenangkanlah bayi dengan mendakap serta menyusap-usap tubuhnya.
- Pastikan pelekapan bayi ke payudara adalah betul. Pelekapan yang betul membolehkan susu ibu dihisap dengan berkesan.
- Betulkan kedudukan ibu semula dan kemudian mulakan semula penyusuan.