NAK BANYAK SUSU? FOLLOW TIPS NI..
Terdapat pelbagai tips dan petua turun temurun untuk meningkatkan dan memekatkan susu ibu. Tiada benar atau salahnya kerana badan setiap individu adalah berbeza. Petua A mungkin menjadi bagi ibu A, tapi bagi ibu B pula petua B adalah lebih berkesan. Sebab itu, jangan berputus asa, paling penting dapatan sokongan moral daripada individu terdekat serta penuhkan diri dengan ilmu penyusuan.
Paling penting dalam penyusuan, anda perlu faham bahawa konsep demand & supply (permintaan dan penawaran) adalah nadi utama yang menentukan kejayaan penyusuan ibu. Hal ini bermaksud, lagi banyak permintaan (demand) susu, maka lebihh banyaklah penawaran (supply) (susu akan menjadi lebih banyak). Tiada jalan singkat hatta ubat doktor sekali pun, tak mampu untuk melawan konsep ini yang Allah dah jadikan sangat sempurna supaya bila mana ibu nak berhenti menyusu, boleh berhenti bila-bila masa sahaja.
Jadi, fahamilah konsep ini dan jaga demand anda! Selagi mana anda menjaga konsep ini, inshaAllah peratus kejayaan anda untuk menyusukan anak sehingga berusia 2 tahun adalah sangat tinggi. Konsep ini juga mengajar lebih banyak susu dikeluarkan daripada payudara maka lebih banyaklah susu akan dihasilkan semula. Jadi, salah satu cara untuk tingkatkan susu adalah dengan tingkatkan ransangan demand anda. Antara tips yang anda boleh lakukan termasuklah;