
Gatal kepala sehingga tak keruan? Kejap-kejap garu lagi, gatal tak hilang juga. Orang sebelah sampai naik rimas tengok anda tergaru-garu sana sini. Masalah ini sebenarnya adalah masalah biasa yang sering menghantui tidak kira kaum lelaki ataupun wanita.
Namun, apakah sebenarnya yang menjadi penyebab utama berlakunya masalah ini? Dan, apa pula yang boleh anda lakukan untuk atasi masalah rambut gatal ini dengan lebih berkesan?
7 PUNCA UTAMA RAMBUT GATAL
1. KELEMUMUR
Jennifer Haley, MD, FAAD, ahli dermatologi di Arizona, dalam penulisannya, menegaskan terdapat lebih kurang 40% manusia di muka bumi ini akan mengalami masalah kelemumur sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Antara faktor terjadinya masalah kelemumur yang akan menyebabkan kulit kepala sering gatal-gatal ini termasuklah:
- Perubahan Cuaca
- Tekanan hidup yang melampau
- Pengambilan gula secara berlebihan dalam diet harian adalah antara faktor terjadinya kelemumur
2. KUTU RAMBUT
Kutu adalah diantara sebab kulit kepala menjadi gatal. Rasa gatal disebabkan oleh air liur yang disuntikkan kutu rambut pada kulit kepala ketika ianya menghisap darah.
3. KULIT KEPALA KERING
Perubahan cuaca boleh mengakibatkan kulit kepala menjadi kering dan gatal. Hal ini terjadi kerana kulit kepala kehilangan minyak yang melindunginya. Penggunaan syampu dan perapi yang tidak berkualiti juga boleh menyebabkan kegatalan pada kulit kepala kerana kehilangan minyak semulajadi rambut. Mencuci rambut dengan terlampau kerap dan membilas rambut dengan air panas juga merupakan punca kulit kering.
4. MENGIKAT RAMBUT TERLALU KETAT
Mengikat rambut dengan terlalu ketat bukan sahaja akan menyebabkan kulit kepala anda menjadi gatal malah akan menyebabkan keguguran rambut. Menurut Dr. Shinhouse, mengikat rambut terlalu ketat akan menarik rambut serta saraf dan otot ke arah yang tidak semulajadi, sekaligus mengakibatkan kulit kepala menjadi gatal apabila anda meleraikan ikatan rambut.
5. SELARAN CAHAYA MATAHARI YANG MELAMPAU
Setelah berjemur di bawah matahari seharian tanpa melindungi rambut, adalah menjadi perkara biasa jika anda merasa gatal-gatal dan tidak selesa. Apa yang anda boleh buat adalah dengan lalukan air sejuk pada kepala anda kerana ia mungkin gatal akibat selaran matahari.
6. MASALAH PENYAKIT KULIT
Penyakit seperti ekzema dan jangkitan fungus juga merupakan punca terjadinya kegatalan pada kulit kepala. Anda boleh berbincang dengan doktor untuk mendapatkan penyelesaian yang sesuai untuk masalah ini.
7. MASALAH ALLERGIK
Dr. Jennifer Haley juga menegaskan sebarang produk yang digunakan pada kulit kepala boleh menyebabkan alergik jika tidak sesuai. Jika anda masih mengalami gatal-gatal walaupun anda bebas daripada masalah lain seperti kelemumur, kutu atau kulit kepala mungkin produk rambut anda tidak sesuai.
CARA ATASI MASALAH INI DENGAN MUDAH?
Jika anda ingin SISFEL membantu anda yang mempunyai masalah rambut dan kulit kepala supaya anda menjalani hari hari anda dengan penuh keselesaan, SILA KLIK LINK DI BAWAH.
Ingin tahu lebih lanjut? Klik ja link ni untuk bacaan lanjut: