
Batuk dan selesema adalah satu penyakit alami yang biasa menyerang bayi dan kanak-kanak kecil yang masih lagi dalam proses untuk membina benteng antibodi melawan penyakit yang lebih kuat. Walaupun ia perkara biasa, namun jika tidak di rawat dengan betul ia boleh menyebabkan masalah yang lebih serius seperti bronchitis, pneumonia atau penyakit asma.
Disamping perubatan moden, terdapat banyak petua atau cara yang anda boleh cuba dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi. Disini, kami kongsikan 5 cara untuk rawat selesema dan batuk;
Cara 1: Garlick Socks atau Stokin Bawang Putih
Sapukan minyak bawang putih (kalau tiada boleh sediakan sendiri atau boleh gunakan minyak habbatussauda’) ke bahagian tapak kaki anak kemudian pakaikanlah stokin. Seterusnya boleh sapukan minyak tersebut pada bahagian dada, belakang badan dan pelepah hidung anak. Urutan ini akan memberikan kelegaan kepada anak.
Gambar (google): salah satu contoh cara penyediaan minyak bawang putih dan habbatussauda.
Jika anda sediakan sendiri minyak bawang putih atau bersama habbatussauda, sapukan di satu bahagian dulu pada badan bayi dan lihat response bayi anda terhadap minyak tersebut.
Cara 2: Gunakan bawang merah
(Nota : Bawang Merah berfungsi untuk menyerap toksin, membunuh kuman/bakteria).
Ambik beberapa biji bawang besar. Kemudian kopek kulit bawang besar, hiris dan tumbuk dengan lesung untuk mengeluarkan jusnya. Jus bawang diletakkan dalam piring. Biarkan piring berdekatan dengan bantal tempat tidur anak anda.
(sumber gambar google)