Menjelang bulan ramadhan yang kian menghampiri kita, membuatkan ramai ibu menyusu merasa berbelah bahagi, menyoal kebolehan diri sendiri untuk menyusukan bayi mereka. Cukupkah Susu Nanti? Mampukah Mereka? Kuatkah Mereka? Hakikatnya, dalam usaha untuk memastikan bekalan susu anda sentiasa cukup, bukanlah satu perjalanan yang singkat. Anda perlu berusaha untuk bermula 1 – 2 bulan sebelum, kerana masa inilah yang paling sesuai untuk anda ransang tingkatkan ‘demand’ untuk tingkatkan ‘supply’ susu anda.
Antara Tips yang boleh anda buat termasuklah;
- Sentiasa berfikiran positif yang susu anda pasti ADA dan CUKUP untuk anak anda.
- Tambahkan kekerapan mengepam (dan konsisten dengan jadual ini) sebulan sebelum bulan Ramadhan. Ini untuk mewujudkan demand yang tinggi terhadap susu ibu.
- Pastikan anda mematuhi jadual mengepam di bulan puasa setiap hari. Rujuk dibawah untuk jadual pam yang dicadangkan.
Sesi 1 Pam – selepas sahur atau sebelum Subuh.
(Pada masa ini, hormon prolaktin tinggi, biasanya kuantiti susu lebih meriah berbanding waktu lain.)
Sesi 2 – Pam pada waktu pagi (10 – 11 pagi)
Sesi 3 – Pam pada waktu tngahari (1 – 2 petang)
Sesi 4 – Pam pada waktu sebelum balik kerja (4 – 5 pm)
Sesi 5 – Pam pada waktu malam sebelum tidur