Penyusuan Ibu tidak sepatutnya menyakitkan walaupun kadangkala ada ibu mengalami situasi dimana puting agak tegang/sakit selepas beberapa hari ibu memulakan penyusuan. Namun, kesakitan ini akan hilang setelah ibu dan bayi dapat menyusu dengan lebih baik.
TETAPI, jika sekiranya keadaan ini amat menyakitkan, kebiasannya ibu akan menjadi takut untuk memberi bayi menghisap payudara ataupun bila mana kelihatan luka pada kawasan puting. Dan, jika ini berlaku ia adalah tidak lagi normal dan perlu diberi perhatian khusus.
Kebiasannya, Masalah PUTING LUKA ini disebabkan oleh:
1. Posisi dan Pelekapan yang salah (gambar di bawah menunjukkan perbezaan pelekapan yang betul dan salah)
2. Bayi menarik payudara semasa mengakhiri penyusuan
3. Breast pump yang tidak bagus menyedut puting dan payudara terlalu kuat dan menyebabkan regangan dan iritasi kepada puting.
4. Jangkitan Candida boleh dijangkiti daripada mulut bayi ke payudara ibu.
5. Infant tongue tie boleh menyebabkan geseran pada puting (rujuk pakar perubatan)
Dalam proses penyembuhan, antara tips yang boleh anda lakukan termasuklah;
1. Letakkan hindmilk pada puting payudara setelah bayi selesai menyusu dan biarkan ia kering.
2. Buat tuaman suam di payudara untuk merangsang let down reflex dan susu mudah mengalir
3. Mulakan penyusuan pada payudara yang tidak sakit terlebih dahulu supaya rangsangan let down reflex terjadi pada payudara yang sakit.
4. Perlahan –lahan keluarkan puting payudara dari mulut bayi sekiranya bayi telah tertidur.
5. Basuh payudara ibu setiap kali mandi dan bukannya pada setiap sesi penyusuan
6. Elakkan penggunaan sabun pada puting payudara kerana ia menyebabkan kekeringan.
Paling penting, sentiasa positif dan berusaha dalam penyusuan. Dan antara perkara yang tak patut anda lakukan semasa mengalami masalah ini termasuklah;
1. Jangan berhentikan penyusuan untuk merehatkan puting. Payudara ibu akan lebih bengkak dan akan menyebabkan bayi lebih sukar melekap pada payudara. Penghasilan susu akan berkurangan sekiranya susu tidak dikeluarkan dari payudara.
2. Jangan hadkan kekerapan dan tempoh penyusuan. Menghadkan penyusuan tidak akan membantu mengatasi masalah.
3. Jangan sapu sebarang losyen/minyak pada payudara dan puting yang boleh membahayakan bayi
4. Jangan menggunakan pelapik puting nipple shield sebagai amalan kebiasaan kerana boleh menyebabkan lebih banyak masalah. Sesetengah pelapik (shield) boleh mengakibatkan kurang ransangan pada payudara dan mengurangkan susu ibu yang dikeluarkan . Seterusnya keadaan ini akan mengakibatkan kurang penghasilan susu.