Kajian menunjukkan ibu yang menyusu badan sepenuhnya lebih cepat hilang berat badan berbanding dengan ibu yang tidak menyusukan bayinya (jika dilakukan dengan betul). Ini kerana ibu yang menyusu badan memerlukan ekstra tenaga sebanyak 200 – 500 kalori untuk penghasilan susu berbanding dengan wanita normal. Pada waktu inilah lemak berlebihan yang disimpan ketika hamil akan digunakan sebagai sumber tenaga bagi penghasilan susu. Jadi, tidak hairanlah ibu yang menyusu bada lebih cepat kurus berbanding ibu yang tidak menyusu.
Kebanyakkan ibu boleh mengekalkan bekalan susu yang banyak dgn mengambil kalori ~1800 – 2200 (atau lebih) pada setiap hari. Ini bersamaan ekstra sebanyak 200 – 500 kalori daripada wanita biasa. Namun, perkara ia sebenarnya bergantung kepada kalori yang diperlukan untuk aktiviti seharian, berat ibu dan juga faktor nutrisi ibu (tidak termasuk untuk laktasi). Ibu yang kurang aktif mungkin memerlukan kalori yang lebih sedikit berbanding dengan ibu yang lebih aktif, atau mempunyai lemak badan yang rendah dan sebagainya.
Jadi? Macam mana Nak TENTUKAN saya perlu ambil EKSTRA 200 ke.. 300 ke.. 400 ke.. 500 ke.. ekstra KALORI setiap hari? Ia sebenarnya bergantung kepada 2 faktor;
1. Tahap Penyusuan Ibu
Adakah anak anda menyusu sepenuhnya atau tidak? atau sekadar 1 – 2 kali sehari? Sekiranya anak anda tidak menyusu secara eksklusif sudah tentunya keperluan kalori adalah lebih rendah.
2. Lemak Tersimpan (Mom’s Fat Reserves)
Adakah BMI anda rendah? tinggi? atau kat tengah-tengah? Jika BMI anda rendah, sudah tentunya anda memerlukan lebih ekstra kalori daripada diet anda daripada ibu yang mempunya BMI yang lebih tinggi.