
Setiap kali ramadhan menjelma, setiap kali itulah kita berazam nak kuruskan berat sebab bunyinya lebih mudah untuk kurus semasa berpuasa. Tambah pula azam nak pakai baju cantik bila raya nanti tersangatlah besar. Tapi hakikatnya lebih ramai yang hanya mencapai berat sama sahaja, atau ada yang berat naik lebih banyak, ataupun berat turun pun sikit sahaja. Tidak ramai sebenarnya yang mencapai impian mereka untuk turun berat sepertimana yang diimpikan.
Tahukah anda terdapat banyak kajian sains yang menyenaraikan banyak kebaikan berpuasa tak kira la di bulan puasa ataupun bila-bila mana kita berpuasa. Antaranya termasuklah:
a) membantu menyingkirkan toksin dari dalam badan (detox)
b) memperbaiki sel-sel badan yang rosak
c) menggalakkan Human Growth Hormone (HGH)
d) merendahkan insulin
e) membakar lemak tepu yang disimpan sekian lama
f) merehatkan sistem pencernaan
g)mengurangkan tekanan darah, dan banyak lagi
Photo: credit to medikTV
Secara logiknya, sekiranya kita berpuasa pada bulan Ramadan ianya pasti akan dapat membantu kita untuk menurunkan berat badan kita dengan lebih mudah kan? Namun, kenapa hakikatnya lebih ramai berat badan badan mereka statik, malah lebih teruk makin bertambah?
Jadi, apakah punca sebenar naik berat badan semasa berpuasa?
Apa yang berlaku sebenarnya adalah kerana jumlah kalori yang diambil semasa bersahur, berbuka dan moreh adalah melebih daripada jumlah kalori yang dibakar seharian. Anda perlu ingat dan faham, asas dalam penurunan berat badan adalah kalori yang hilang semasa aktiviti seharian anda adalah mesti melebihi daripada jumlah kalori yang disimpan oleh anda disebabkan oleh corak pemakanan anda.
Secara ringkas, anda boleh rujuk formula tersebut di bawah:
FORMULA KURUSKAN BADAN= JUMLAH KALORI DIBAKAR MESTI MELEBIHI JUMLAH KALORI DIAMBIL
Anda perasan atau tidak, sudah menjadi lumrah kita masyarakat Malaysia kebanyakkan akan menyediakan juadah yang sedap dan banyak semasa berbuka puasa. Tambah lagi, kalau saban hari pasar ramadhan menjadi tempat kunjungan setia kita saban petang hari. Bila perut lapar, nafsu makan secara tidak langsung akan mencanak naik, semua yang dijual pun nampak sangat sedap. Jadi, pelbagai juadah menarik akan diborong bagai tiada lagi esok hari. Bila waktu berbuka masuk, kita makan macam berbulan-bulan tak jumpa makanan.
Tanpa kita sedar, tabiat makan yang berlebihan semasa berbuka (overeating) inilah yang menjadi penyebab kenapa berat badan tidak turun sedangkan esok kita puasa lagi. Tahukah anda situasi ini sebenarnya akan menyumbang kepada gejala yang lebih teruk iaitu leptin resistance.
Apa itu Leptin Resistance?
Photo credit: Pinterest
Leptin merupakan hormon yang memainkan peranan yang penting dalam mengawal berat badan anda. Ia berfungsi dengan memberi signal kepada otak bahawa selagi simpanan tisu lemak anda mencukupi (bukan lebih), anda tak perlu makan dan bakar lemak pada kadar yang normal (boleh kurangkan jumlah makanan yang diambil). Ia sepatutnya menjadi benteng pertahanan kita daripada pola pemakanan yang berlebihan. Secara normal, paras leptin akan menjadi tinggi bila anda kenyang, dan rendah apabila lapar.
Photo credit: nutrition wonderland
Hormon leptin ini dihasilkan oleh sel lemak, jadi lebih banyak lemak anda maka lebih banyaklah hormon leption akan dihasilkan. Lebih banyak hormon leptin ini dihasilkan maka lebih banyaklah kita akan makan.
Photo credit: nutrition wonderland
Dalam satu trial klinikal terhadap tikus makmal mendapati, pengambilan makanan yang berlebih sebanyak 3 kali akan meransang otak kehilangan sensitiviti terhadap hormon laktin dan menyebabkan satu situasi yang dinamakan leptin resistance (kerintangan terhadap hormon leptin) . Situasi ini akan menyebabkan anda makan lebih banyak berbanding biasa sebab otak masih mendapat signal apa yang dimakan adalah tidak mencukupi. Berbalik kepada situasi berpuasa, jika kita tidak mengawal pemakanan kita daripada mula berpuasa maka, leptin resistance ini makin lama akan makin bertambah. Jadi. musnah harapan untuk memakai baju raya idaman kita.
Fakta 1: Leptin resistance ini adalah situasi yang normal untuk orang gemuk.
Fakta 2: Satu kajian yang disiarkan dalam American Journal of Physiology mendapati pengambilan diet yang mengandungi fruktos yang tinggi juga boleh menjadi penyebab kepada leptin resistance.
Jadi, Bagaimana Cara Mengatasi Masalah Naik Berat Badan semasa bulan Ramadhan?
-
Amalkan makanan yang rendah glycemic index (GI) dan tinggi serat semasa sahur. Antara makanan yang disyorkan ialah oat dan barli. Makanan rendah GI akan memberikan rasa kenyang lebih lama dan mengurangkan gejala ‘hilang pertimbangan’ ketika menyediakan juadah berbuka nanti.
-
Jangan ambil kopi dan bahan bergula semasa berpuasa. Kalau tidak boleh, kurangkan pengambilan pun tidak mengapa (sebagai permulaan). Ini bagi memudahkan formula kuruskan badan seperti di atas dipatuhi.
-
Amalkan amalan bersederhana ketika berbuka. Dalam islam memang banyak disentuh mengenai perkara ini.
-
Kunyah makanan sehingga hancur sebelum telan. Selain ia mengelakkan tercekik ketika makan, kunyah sehingga hancur sebenarnya membantu badan menghadam makanan dan membolehkan kita menikmati rasa makanan dengan lebih lama. Ia juga boleh mengelakkan kita ambil makanan secara berlebihan.
-
Untuk mengunyah makanan sehingga hancur memerlukan masa yang agak lama. Jangan sesekali rasa bosan mengunyah makanan kerana selain membantu menghadam makanan seprti di atas, ia sebenarnya boleh membantu menguruskan badan. Ini kerana signal ‘dah cukup’ yang dibawa oleh hormon leptin ke otak tadi hanya mula sampai selepas 20 minit selepas kenyang sebenar. Sekiranya kita hanya berhenti lepas rasa kenyang, maksudnya kita dah lama terlebih makan. Oleh itu, makanlah secara perlahan-lahan dan kunyah dengan betul.
-
-
Minum air dengan cukup. 8 gelas lepas berbuka ke sahur. Boleh rujuk tips mimum 8 gelas air di bulan puasa seperti yang disarankan oleh kementerian kesihatan.
-
Mengamalkan Green Coftea Cellulose, yang boleh membantu anda untuk turun berat badan dengan lebih mudah. Ia memberi tenaga serta membantu untuk mengurangkan rasa lapar. Paling penting ia membantu meningkatkan metabolisme anda dan membantu membakar lemak dengan lebih cepat!