Perut Buncit? Boroi? Gemuk?
Ini adalah masalah utama yang paling banyak dihadapi boleh lelaki atau wanita yang telah berkahwin atau yang meningkat usianya kerana kadar metabolisme badan yang kian menurun selaras dengan usia yang semakin meningkat. Malah, menurut kajian, Malaysia adalah antara negara yang mempunyai penduduk obes antara teramai di dunia! Menyedihkan bukan?
Terdapat banyak cara yang anda boleh lakukan untuk kempiskan perut. Cepat atau lambat adalah bergantung kepada usaha anda, Sejauh mana anda konsisten untuk melakukannya. Antara cara yang boleh anda ikut termasuklah;
1. Makan secara bahagian yang kecil tapi kerap – mampu meningkatkan metabolisme badan, kerana badan memerlukan tenaga secara berterusan untuk mencerna makanan.
2. Minum banyak air sepanjang hari untuk memastikan fungsi badan dapat bekerja secara optimal bagi membantu pembakaran lemak yang lebih efisien serta membantu menghasilkan tenaga secukupnya yang diperlukan oleh badan.
3. Diet Seimbang – Makanan yang tinggi protein, rendah karbohidrat, rendah lemak dan kurang gula adalah pilihan terbaik untuk kempiskan perut anda. Anda juga boleh ambil telur, ikan, daging tanpa lemak, karbohidrat kompleks seperti sayuran dan buah-buahan yang rendah karbohidrat serta kurang manis. Makanan ini membantu meningkatkan hormon tiroid, T3 yang membantu dalam pembakaran lemak.
Tambah produk tenusu dalam diet anda! Greek Yoghurt yang kaya protein, susu skim, dan bahkan keju rendah lemak dapat membuat Anda merasa kenyang dan mengurangkan penghasilan kalsitriol iaitu, suatu hormon yang meningkatkan penyimpanan lemak.
Makanlah setidaknya 6 oz yogurt per hari, INGAT pilihlah produk tanpa pemanis atau dengan sedikit pemanis
4. Exercise! – Penting dalam pembakaran lemak dan meransang metabolisme badan! Terdapat 2 jenis senaman yang dapat membantu dalam usaha anda mendapatkan perut yang kempis iaitu;
a. Latihan Kardio – Berlari, joging, berenang, menari, aerobik atau bermain tenis adalah contoh latihan kardio yang bagus untuk membakar lemak. Latihan ini akan melancarkan perjalanan oksigen ke tubuh, dan seterusnya membantu dalam pembakaran lemak. Anda boleh lakukanya selama 30 – 45 mins, 3 kali seminggu.
b. Bersenam dengan menggunakan beban seperti dumbell dan sebagainya – bersukan dengan mengangkat berat membantu otot perut bekerja dengan lebih keras!
5. Tidur secukupnya – Fakta kajian menunjukkan, tidur yang kurang akan menyebabkan;
a. Penurunan Kadar Leptin yang penting untuk penurunan berat badan.
b. Perencatan penghasilan insulin yang penting untuk mengawal kandungan gula dalam darah.
c. Stress (Tekanan) – ini meningkatkan kandungan adrenalin, kortisol dan insulin dalam darah. Kandungan kortisol yang tinggi dalam darah akan menyebabkan peningkatan nafsu makan dan penghasilan lemak badan di perut anda!