
Payudara kendur adalah satu perkara yang sangat ditakuti oleh kebanyakkan wanita yang mementingkan kecantikan aset dalaman dan juga luaran. Sebab itu tidak dinafikan kebanyakkan wanita yang mempunyai payudara lebih anjal akan berasa lebih yakin tika berhadapan dengan suami tersayang. Sebagai ibu menyusu sebenarnya terdapat banyak sebab yang boleh menyebabkan masalah kekenduran ini berlaku termasuklah:
A. REGANGAN LIGAMEN COOPER YANG MENYOKONG PAYUDARA SEMASA HAMIL AKIBAT PERTAMBAHAN SAIZ PAYUDARA
Ligamen Cooper adalah merupakan jaringan pengikat yang menghubung serta memberi sokongan kepada payudara (rujuk gambar). Ia akan meregang bersama dengan kulit payudara semasa proses kehamilan kerana dalam fasa ini payudara akan menjadi lebih besar. Ini adalah penting untuk menyediakan keadaan yang sesuai untuk penyusuan ibu selepas kelahiran bayi. Selepas bayi lahir pula, regangan ini akan bertambah payudara akan penuh dengan susu pula.
Kedua-dua situasi ini boleh menyebabkan pertambahan keregangan struktur ligamen cooper dan seterusnya dalam jangka masa yang panjang jika tidak dijaga boleh menyebabkan keanjalan ligamen ini berkurangan.
Gambar di atas menunjukkan ligamen cooper yang menyokong payudara anda (sumber gambar: anatomyzone)
B. IMPLIKASI GRAVITI TERHADAP PERUBAHAN SAIZ DAN BERAT PAYUDARA
Semasa fasa kehamilan dan penyusuan, saiz dan berat payudara juga akan mengembang dan menjadi lebih berat. Ini akan menyebabkan tarikan graviti ke bawah menjadi lebih kuat dan seterusnya boleh menyebabkan payudara semakin melorot turun jika tidak dijaga dengan baik. Ini kerana ia boleh menyebabkan kekenduran pada tisu payudara anda.
Kena ingat ya, penyusuan tidak menyebabkan payudara kendur jika anda menjaganya dengan baik.
sumber gambar: google
C. PAYUDARA TIDAK DISOKONG
Ada sesetengah wanita lebih suka untuk tidak memakai coli di rumah. Kebiasaan ini akan menyebabkan payudara boleh menjadi kendur dalam jangkamasa yang panjang, apatah lagi sekiranya ibu mempunyai payudara yang lebih besar berbandung wanita lain. Tambah lagi untuk ibu yang hamil dan menyusu, implikasi graviti juga memburukkan keadaan seperti yang telah diterangkan di atas.