Let down refleks membantu penyusuan dengan melancarkan aliran susu, menggalakkan penyusuan yang selesa antara ibu dan bayi serta mengelakkan bayi berhenti menyusu akibat daripada aliran susu yang perlahan. Let down refleks memastikan susu dapat dikeluarkan secara efektif daripada payudara ibu seterusnya membantu mengosongkan payudara dengan lebih berkesan. Paling penting, ia dapat mengelakkan masalah bengkak payudara dan seterusnya menyebabkan jangkitan pada payudara ibu.
Secara umumnya, terdapat 2 faktor penting dalam meransang let down refleks iaitu;
- Hisapan bayi dengan lekapan yang betul
- Rembesan hormon oksitosin yang menyebabkan pengaliran keluar susu dengan mudah.
Kedua faktor ini sangat berkain rapat emosi dan perasaan ibu. Sebagai contohnya, jika ibu berasa tertekan semasa sesi penyusuan ini akan menyukarkan lagi proses penyusuan tersebut, dan mengakibatkan bayi sukar untuk mendapat pelekapan yang sempurna. Malah, dalam situasi ini hormon oksitosin yang berfungsi mengecutkan otot untuk mengeluarkan susu daripada tempat simpanan susu akan terencat. Ini seterusnya mengakibatkan susu tidak dapat keluar dengan baik, dan bayi tidak mendapat susu secukupnya.
Antara 5 punca ibu sukar mendapat let down refleks termasuklah;
- Pelekapan dan posisi penyusuan yang salah
- Penggunaan pam susu dengan cara yang salah
- Sedutan pam susu terlalu kuat sehingga menyebabkan ibu kesakitan
- Ibu berada dalam keaddan stress dan tertekan
- Ibu pernah mengalami pembedahan pada kawasan payudara dan telah mengganggu saluran susu