Menyedihkan sebagai ibu bapa sekiranya anak kita dibesarkan dalam situasi ketagihan gajet yang melampau. Hal ini kerana banyak kajian menunjukkan ketagihan gajet boleh menyekat perkembangan skil motor dan kognitif anak anda. Tidak dinafikan, kini teknologi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. Namun, ini tidak bermakna anak kita juga terpaksa dibesarkan dalam situasi yang dipenuhi oleh pendedahan kepada gajet yang melampau. Ini antara sebab anda patut hindarinya:
1. Anak Lambat Bercakap (Speech or language delay)
Suatu kajian oleh dalam Journal of Depression and Anxiety, mendapati penggunaan gajet yang berlebihan boleh menyebabkan anak anda lambat bertutur kerana mereka akan kurang berinteraksi dengan rakan sebaya mahupun ibubapa / penjaga mereka.
2. Masalah Penumpuan Perhatian (Attention Deficits)
Pakar kesihatan juga berpendapat bahawa penggunaan gajet yang berlebihan dalam kalangan kanak-kanak boleh menyebabkan masalah ADHD-like symptom. Menurut CDC, anak-anak yang menghadapi masalah ADHD ini akan mempunyai masalah untuk memberi perhatian dan kebiasaanya terlalu aktif. Akademi Peadiatrik juga menyarankan ibu bapa supaya mengehadkan pendedahan kepada skrin gajet daripada 1 – 2 jam sehari sahaja untuk kanak-kanak prasekolah.
3. Masalah Pembelajaran
Kadar pembelajaran kanak-kanak yang berusia 5 tahun ke bawah adalah lebih pantas berbanding kanak-kanak di atas daripada usianya. Jadi sekiranya, masa mereka dihabiskan dengan penggunaan gajet, sudah tentu komunikasi di antara ibubapa dan mereka adalah terhad.
Sedangkan, seusia begini mereka memerlukan masa yang sewajarnya dengan ibubapa dan orang di sekeliling mereka untuk belajar perkataan baru dan belajar cara berkomunikasi. Mereka ini memerlukan IBUBAPA mereka dan bukannya GAJET! Kajian oleh Universiti Washington mendapati, penggunaan gajet sebenarnya adalah TIDAK PERLU dalam perkembangan pembelajaran kanak-kanak.
4. Tekanan Perasaan
Penggunaan gajet yang berlebihan juga dikatakan boleh menjadi punca kepada tekanan perasaan dalam kanak-kanak. Gajet sebenarnya boleh mempengaruhi cara kanak-kanak tersebut berfikir dan bertindak, seterusnya boleh memberi kesan negatif kepada tingkahlaku mereka. Dalam jangka masa panjang, ia berpotensi mempengaruhi kesihatan mental dari kecil sehingga remaja.
5. Pembentukan Karakter Negatif
Ia adalah merupakan masalah dan cabaran terbesar membesarkan anak dalam era teknologi yang kian pesat membangun. Anak-anak mungkin terdedah dengan melihat iklan-iklan atau video yang tidak sepatutnya dilihat pada usia mereka, dan seterusnya mengakibatkan impak yang negatif dalam pembentukan sahsiah diri dan moral mereka.
Ebookku Bantu Atasi Masalah Ketagihan Gajet Dalam Kalangan Kanak-Kanak
Sebagai satu usaha untuk mengatasi masalah ini, MommyHana telah mengeluarkan Ebookku Special Edition Islamik oleh MommyHana yang lebih sesuai digunakan oleh anak-anak kita berbanding gajet. Ianya tidak mengeluarkan radiasi serta tidak terdedah dengan skrin gajet yang berlebihan.
Tahukah anda kajian menunjukkan anak yang terdedah dengan skrin gajet yang berlebihan akan menjadi lebih agresif, lebih bertantrum, mudah rabun, antisosial dan sebagainya? Bagaimana ya sebenarnya kita sebagai ibubapa nak atasi masalah ini sekiranya anak menghadapi masalah ketagihan gajet yang serius?
Jadi, sebagai alternatif anda boleh bantu anak atasi masalah ketagihan gajet dengan memperkenalkan Ebookku Special Edition oleh MommyHana seawal usia 1 tahun. Anak boleh belajar, membaca, menulis, menyanyi dan sebagainya. Ini 8 kemahiran yang boleh dipelajari oleh anak anda dengan menggunakan ebookku: