APAKAH ITU SERUM ?
.
Serum mengandungi bahan aktif untuk merawat kulit dimana kepekatannya lebih tinggi berbanding krim dan losen. Hanya dengan menggunakan beberapa titik serum sahaja sudah mencukupi untuk memberikan kesan terbaik kepada kesihatan kulit anda.
Jadi kenapa pemakaian serum ini sangat penting untuk menjaga muka anda?
1. Serum mengandungi bahan aktif yang tinggi dan padat.
Pelembap muka yang biasa hanya mengandungi sekitar 5-10 peratus bahan-bahan aktif. Serum pula mengandungi sehingga 70 peratus bahan-bahan aktif yang sangat bermanfaat untuk kulit.
2. Serum mudah meresap jauh ke dalam kulit
Molekul dalam serum adalah lebih kecil daripada molekul pelembap biasa. Oleh sebab itu, serum boleh meresap jauh ke dasar kulit. Pelembap pula mempunyai molekul yang lebih besar dan hanya berfungsi pada lapisan pertama kulit.
3. Boleh dipakai bersama produk wajah yang lain.
Serum melengkapkan penggunaan produk penjagaan wajah yang lain. Dengan sifat yang mudah meresap ke dasar kulit, serum Alan menyediakan kulit untuk menerima produk lain dengan lebih efektif.
4. Hanya perlu digunakan dalam kuantiti yang sedikit.
Meskipun botol serum selalunya kecil sahaja, harganya tetap mahal. Ini kerana serum hanya perlu digunakan dalam kuantiti yang sedikit untuk mendapat kesan yang maksimum. Sebagai contoh, KRASNA Anti-aging Serum hanya perlu setitik sahaja untuk kesan rata seluruh muka.
5. Menangani masalah kulit secara spesifik.
Setiap jenis serum dicipta untuk memberikan manfaat yang spesifik kepada kulit sama ada mengikut jenis kulit, umur dan keperluan kulit kita.
Pemakaian serum wajah secara rutin juga akan lambat laun menjadikan kulit wajah lebih lembap, cerah dan mengurangkan tanda tanda penuaan pada wajah.