
Anak lambat bercakap? Speech Delay?
Stresskan bila fikirkan umur anak sudah mecapai 4 – 6 tahun tahun tapi masih belum pandai bercakap atau berkomunikasi dengan baik. Dalam satu post di FB MommyHana, ada berkongsi bagaimana beliau membantu anak beliau untuk berkomunikasi dengan lebih efektif. Teknik ini bukan sahaja membantu anak untuk berkomunikasi dengan lebih baik malah mampu meningkatkan keyakinan diri mereka.
Cara 1: Gunakan Teknik Tanya Soalan.
Contoh :
Anda bertanya: Hana, Hana suka makan tomato? Secara spontan anak akan jawab ya atau tidak. Mereka akan bertindak balas terhadap apa yang meraka faham apa secara mudah. Pastikan anda bertanya dengan perkataan yang lengkap dan tiada pelat. Ini membantu anak memahami dan mempraktikkan kosa kata yang betul.
Cara 2: Gunakan Teknik Pengulangan
Contoh:
Pengulangan ayat yang jelas lepas anak bercakap. Anda hanya perlu untuk ulang ayat anak anda semula, ianya mudah bukan. Cuma pastikan susunan ayat ibu adalah betul agar anak mudah ikut dan faham.
Cara 3: Gunakan Kaedah Bercerita
Pada permulaan biarkan anak anda bercerita secara natural. PENTING!Jangan sesekali potong cakap anak. Contohnya dia ceritakan buah kesukaan dia. Adik dia suka buah apa. Dan sebagainya. Ini meransang anak anda untuk belajar menyampaikan apa yang dia faham tentang sesuatu.
Cara 4: Dapatkan Perhatian Anak Dengan Tanyakan Soalan.
Contoh apakah buah kegemarannya dan sebagainya. Pastikan soalan tersebut mudah difahami.
Anda boleh tengok dalam video di bawah bagaimana mommyhana meransang fateh untuk bercakap dengan menggunakan antara teknik-teknik di atas.
Cara 5: Perkenalkan Perkataan Baru Kepada Anak Anda
Perkenalkan 1- 2 perkataan baru dalam perbualan anda dengan anak anda. Ulang beberapa kali secara jelas. Jika anda tidak faham, terangkan dengan bahasa mudah apa yang dimaksudkan dengan perkataan baru yang anda kenalkan. Pastikan ada komunikasi 2 hala barulah ianya akan menjadi lebih menyoronokkan buat anak.
NOTA PENTING! BERHENTI bercakap bahasa pelat! Pastikan anda gunakan perkataan dengan jelas. Teruskan komunikasi 2 hala. Banyakkan aktiviti bercakap-cakap dengan anak. Praktikkan 5 cara di atas dalam setiap aktiviti tersebut.
Elakkan penggunaan gajet yang melampau. Kajian menunjukkan penggunaan gajet yang berlebihan boleh menyebabkan anak kurang berkomunikasi seterusnya menjurus kepada masalah lambat bercakap.