Rambut gugur adalah antara masalah biasa yang berlaku terutamanya bagi wanita dan lelaki yang berusia dan juga kepada wanita selepas melahirkan bayi.
Secara umumnya, antara faktor dikatakan boleh menyebabkan gejala keguguran rambut dalam kalangan wanita dan lelaki selain masalah genetik (keturunan) termasuklah:
- Ketidakseimbangan hormon estrogen atas sebab tertentu atau bagi yang telah mengalami menopause (wanita).
- Mengalami kekurangan nutrisi selepas bersalin yang diperlukan untuk tumbesaran rambut. Selain itu, faktor hormon dan stress selepas bersalin juga menyumbang kepada masalah tersebut (wanita)
- Mengambil ubatan tertentu yang boleh menyebabkan keguguran rambut (wanita & lelaki).
- Bagi kaum lelaki, ia sering dikaitkan dengan hormon dihidrotestoteron (DHT). Rambut akan mengalami keguguran jika folikel rambut anda sensitif terhadap DHT (lelaki).
- Tekanan perasaan (depressed), kerana ia boleh mengganggu gaya hidup serta keseimbangan hormon anda (wanita & lelaki).
- Trauma seperti kemalangan atau sakit kronik juga boleh menyebabkan masalah keguguran rambut sementara (wanita & lelaki).
- Penggayaan rambut secara berlebihan akan menyebabkan rambut mudah rosak dan gugur. Contohnya, mengikat atau mendandan rambut dengan ketat berpanjangan, mewarna rambut atau menggunakan alat pengering rambut, alat pengerinting dan meluruskan rambut (wanita & lelaki).
Jika anda mengalami masalah keguguran rambut ini, jadi bagaimanakah cara yang anda boleh lakukan untuk mengatasi masalah ini? Antara perkara yang boleh anda lakukan termasuklah:
1. Kurangkan penggunaan shampoo
- Digalakkan untuk mengurangkan penggunaan shampo kerana dikhuatiri bahan-bahan di dalam shampo tersebut tidak sesuai dengan rambut atau kulit kepala anda.
- Gunakan pelembap rambut yang menggunakan bahan organik yang sesuai dengan kulit kepala kita.
2. Amalkan pemakanan yang sihat
- Makanan juga boleh dikatakan memberi penyebab kepada masalah keguguran rambut.
- Elakkan makanan yang berminyak. Pengambilan makanan berminyak yang berlebihan boleh mengakibatkan kulit kepala menjadi berminyak.
- Tabiat meminum kopi secara berlebihan juga perlu dikurangkan kerana kopi boleh mengakibatkan kekurangan penyerapan zat besi oleh badan.
3. Minum air dengan banyak
- Badan yang kekurangan air juga menyebabkabn masalah keguguran rambut. Apabila badan mengalami dehidrasi, kesuburan rambut pun akan turut terjejas.
4. Jenis sikat yang sesuai
- Jenis sikat yang mempunyai gigi yang jarang adalah sikat yang amat disarankan penggunaannya. Ini dapat membantu mengurangkan keadaan di mana rambut disikat terlalu rapat dan boleh menjejaskan kesihatan kulit kepala.
sumber gambar: google
5. Pilih gaya rambut yang sesuai
- Gaya rambut yang kurang sesuai ialah gaya yang memberikan tekanan kepada kulit kepala yang akan menyebabkan keguguran rambut bertambah teruk.
- Elakkan juga terlalu mengikat rambut dalam jangka masa yang lama.
Jika diiukuti langkah di bawah, sekurangnya dapat membantu mengurangkan masalah keguguran rambut anda.
Nakkan cara yang lebih mudah dan berkesan tanpa perlu bersusah payah mengatasi masalah keguguran rambut?
Kami ada caranya. Hanya spray 2 x sehari sahaja dan rambut anda juga akan kekal segar seharian.