Sindrom susu tidak cukup seringkali menjadi antara punca utama ibu tidak bersemangat untuk meneruskan penyusuan mereka. Bila ibu tidak merasa yakin, mereka lebih mudah terpengaruh untuk memberikan susu formula kepada bayi. Dan, bila mana ibu memberikan susu formula kepada bayi, pada saat itu juga, demand bayi secara automatik akan berkurangan. Bila demand berkurangan secara tidak langsung susu juga akan makin berkurangan. Sebelum ibu membuat keputusan untuk memberikan bayi susu formula, adalah dinasihatkan supaya ibu kenali tanda-tanda bayi cukup susu dan kenali kenapa susu ibu makin berkurangan.
Terdapat 4 faktor utama kenapa susu ibu makin berkurangan iaitu;
1. KURANG RANSANGAN DAN PENGOSONGAN PAYUDARA SECARA EFEKTIF
Faktor utama yang menyebabkan terjadinya kurang ransangan dan pengosongan payudara secara efektif adalah apabila bayi tidak dapat melekap kepada payudara dengan betul. Sekiranya masalah ini tidak diatasi dengan betul, ia bukan sahaja menyebabkan bayi tidak mendapat susu secukupnya, malah mengakibatkan demand menjadi kurang. Fitrah alam penyusuan, bila mana demand berkurangan maka secara tidak langsung penghasilan susu akan menjadi lebih kurang.
Ada sesetengah ibu berpendapat bayi hendaklah disusukan mengikut jadual tertentu. Ini sebenarnya SALAH dan boleh menyebabkan demand susu berkurangan! Bayi hendaklah disusukan mengikut kehendak bayi. Fahami feeding cues bayi anda dan susukan bayi mengikut keperluannya. Ini membantu anda untuk mengekalkan penghasilan susu anda. Antara sebab lain yang menyebabkan terjadinya kurang ransangan dan pengosongan payudara secara efektif termasuklah;
- Ibu terpaksa berpisah dengan bayi atas sebab-sebab tertentu, dan ibu tidak memerah susu untuk kosongkan payudara dengan kerap.
- Bayi tidak aktif menghisap payudara – ini terjadi bagi sesetengah bayi yang suka tidur, yang diberi puting di awal kelahiran ataupun bayi yang mendapat sakit kuning.
2. PEMBERIAN CECAIR (TERMASUK SUSU FORMULA) KEPADA BAYI
Pemberian susu formula atau cecair lain selain daripada susu ibu kepada bayi berumur bawah 6 bulan boleh menyebabkan bayi kekenyangan kerana kapasiti perut bayi yang masih kecil. Ini akan menyebabkan bayi kurang menyusu di payudara dan seterusnya menyebabkan demand susu berkurangan.
3. IBU MENGAMBIL UBAT DAN HERBA TERTENTU
Kajian mendapati terdapat sesetengah ubatan dan herba yang dapat mengurangkan penghasilan susu. Jika anda menyusu dan perlu mengambil ubat bagi tujuan tertentu, berbincanglah dengan doktor yang merawat anda, dan beritahu doktor anda yang ada sedang menyusu. Terdapat pelbagai alternatif untuk pengambilan ubat tanpa menjejaskan penghasilan susu anda.