
Di sini kami kongsikan 4 cara untuk anda kenalpasti rambut anda mengalami masalah atau tidak, dan juga apa yang anda boleh lakukan untuk mengatasi masalah tersebut.
1) RAMBUT TIDAK ELASTIK
- Cara memeriksa tahap elastik rambut:
- Ambil hujung rambut anda, sekitar dua hingga tiga helai.
- Cuba tarik rambut tersebut. Jika rambut anda putus ditengah-tengah, itu merupakan tanda rambut yang tidak sihat dan tak lagi elastik.
- Cara Atasi:
- Gunakan pelembab atau perapi yang mengandungi protein untuk mengembalikan kesihatan rambut.
2) RAMBUT ROSAK AKIBAT PENGGUNAAN SYAMPU BERLEBIHAN
- Cara kenalpasti rambut rosak akibat penggunaan syampu berlebihan:
- Rambut menjadi kering dan kelihatan kusam. Ini kerana rambut yang di syampu setiap hari memiliki risiko kerosakan yang tinggi akibat daripada kesan bahan kimia yang terkandung di dalam syampu
- Cara Atasi:
- Pastikan syampu yang anda gunakan mengandungi protein untuk memelihara kesihatan rambut. Ikut tatacara yang betul dalam penggunaan syampu. Dan, pastikan anda memilih syampu yang sesuai dengan kondisi rambut anda. Pastikan juga anda sensitif terhadap perubahan rambut anda jika anda menukar syampu yang baru. Hentikan penggunaan jika terdapat kesan alergik atau kesan negatif lain.
3) RAMBUT BERCABANG
Hujung rambut merupakan bahagian rambut yang paling tua dan paling jauh daripada kulit kepala. Kedudukannya yang hujung seringkali menyebabkan ia tidak mendapatkan minyak semulajadi yang dihasilkan oleh kelenjar di kulit kepala sehingga menjadikan ia kering dan bercabang.
- Cara kenalpasti rambut bercabang:
- Ambil hujung rambut anda, dan perhatikan dengan teliti. Anda akan dapat melihat cabang rambut anda jika anda mempunyai masalah ini.
- Antara penyebabnya termasuklah terdedah dengan paparan sinar UV, sering mewarnai rambut, mengeringkan rambut dengan hairdryer dengan cara tidak sesuai.
- Cara atasi rambut bercabang:
- Gunakan syampu atau kondisioner khusus untuk rambut kering.
- Elakkan daripada mengikat atau sikat rambut dengan terlalu kerap kerana ia akan mengakibatkan gesekan rambut secara berlebihan.
- Elakkan daripada menggunakan alatan seperti hairdryer, alat pengeriting rambut dan sebagainya dengan kerap sehingga menyebabkan rambut kering dan kehilangan nutrisi.
- Gunakan gunakan argany hair by sisfel.
- Potonglah setiap hujung rambut secara rutin setiap 6–8 minggu sekali.
4. RAMBUT MUDAH KUSUT
- Cara Kenalpasti:
- Jika rambut mudah kusut semasa disikat atau ketika anda menggosoknya dengan tangan, ia bermakna rambut anda memerlukan protein.
- Cara Atasi:
- Protein akan membantu memberikan nutrisi pada rambut hingga akar-akarnya dan menguatkan rambut sehingga tidak mudah kusut.#sisfel #sisfelwarriors #rambutbermasalah #arganyhairserum