TEKNIK PAM 1: Praktikkan Power Pumping untuk Bantu Tambah Demand
Power pumping adalah teknik untuk meransang payudara anda untuk menghasilkan satu permintaan yang lebih tinggi terhadap penghasilan susu yang lebih banyak. Ia dilakukan untuk meniru kekerapan penyusuan bayi yang mengalami peralihan bulan atau lebih dikenali sebagai ‘growth spurt’ yang mana kehendak bayi menyusu akan menjadi kebiasaanya lebih tinggi berbanding situasi normal secara berkelompok (cluster-like manner).
Bagaimana cara melakukannya? Jom baca artikel ini untuk cara yang betul dan berkesan:
https://www.mithalimoms.com.my/panduan-cara-melakukan-power…/
Antara perkara yang akan dibincangkan dalam artikel tersebut termasuklah;
- Apakah teknik yang betul dalam melakukan power pumping ini?
- Berapa lama dan kerap perlu saya lakukan untuk dapat lihat kesannya?
- Bilakah masa yang sesuai untuk saya melakukannya?
- Adakah betul teknik power pumping sangat berkesan dan berbaloi?
- Apakah tips yang boleh saya praktikkan?
Ramai ibu beranggapan bila pertama kali melakukan susu akan terus banyak! INI SALAH! Pada mulanya mungkin susu tidak banyak yang keluar sebab demand (permintaan susu) tidak pernah ada. Mana mungkin susu akan keluar dengan banyakkan. Jadi, bersabarlah, teruskan usaha anda secara konsisten.
TEKNIK PAM 2: Pam atau Perah Sambil Menyusukan Bayi
Tandem nursing dan pumping, atau menyusukan bayi sambil memerah susu dapat meningkatkan refleks pengeluaran susu kerana kedua-dua payudara anda bekerja dengan serentak. Jadi, payudara anda akan berjaya untuk dikosongkan dengan lebih efisien. Teknik ini juga sangat berkesan untuk membantu untuk meningkatkan demand (permintaan susu) dan seterusnya meningkatkan kadar penghasilan susu anda.
3. TEKNIK PAM 3: Pam atau Perah Selepas Sesi Penyusuan
Dengan mempraktiskan pam atau perah selepas sesi penyusuan berupaya untuk memberi isyarat kepada badan ibu supaya menghasilkan lebih banyak susu. Ini juga memastikan payudara susu anda dapat dikosongkan dengan sempurna selepas sesi penyusuan.
Ulang: Ramai ibu beranggapan bila pertama kali melakukan susu akan terus banyak! INI SALAH! Pada mulanya mungkin susu tidak banyak yang keluar sebab demand (permintaan susu) tidak pernah ada. Mana mungkin susu akan keluar dengan banyakkan.
Namun, setelah beberapa hari kemudian badan ibu akan mula untuk menyesuaikan diri dengan rutin ini dan menghasilkan susu dengan lebih banyak lagi.
Jadi bila masa nak perah selepas sesi penyusuan? Anda boleh praktikkannya dalam masa 30 mins – 1 jam selepas menyusu adalah waktu yang terbaik. Sebaiknya jangan menunggu lama selepas menyusu bagi memerah. Pam ekstra 10 – 15 mins setiap payudara untuk bantu rangsang demand anda!